CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1968|Reply: 0

[Perak] Ops Khas Motosikal: JPJ keluarkan 33,092 notis kesalahan

[Copy link]
Post time 9-9-2023 12:23 PM | Show all posts |Read mode

Lokman bercakap kepada pemberita ketika Operasi Khas Motosikal 2023 di Jalan Sultan Idris Shah malam tadi.

Ipoh: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 33,092 notis pelbagai kesalahan, manakala 1,516 motosikal disita sepanjang tempoh tujuh hari Operasi Khas Motosikal 2023.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata, notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 64,980 motosikal, manakala sitaan dilakukan kerana ubah suai ekstrem pada motosikal.

"Sepanjang tempoh operasi, kita mengesan beberapa kesalahan utama iaitu 11,445 notis dikeluarkan atas kesalahan tiada insurans, tiada lesen memandu (9, 496 notis) dan ubah suai kenderaan (1,315 notis).

"Selain itu, pengguna motosikal turut melakukan kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat (474 notis) dan 306 notis dikeluarkan bagi kesalahan tidak memakai topi keledar dan mereka melakukan pelanggaran peraturan-peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-kaedah di bawahnya," katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.

Beliau berkata, hasil dapatan juga mendapati kebanyakan pengguna motosikal melakukan kesalahan dengan mengubah suai struktur asal kenderaan yang boleh menjadi punca kepada berlakunya kemalangan.

"Sebahagian besar kenderaan yang disita didapati diubah suai pada bahagian ekzos, membuang sistem brek belakang termasuk ubah suai ekstrem hingga meningkatkan kelajuan motosikal.

"Bagi motosikal yang diubah suai secara ekstrem dan tidak boleh diubah kembali kepada struktur asal, kenderaan itu akan disuraikan serta dilelong kerana ia tidak lagi boleh berada di atas jalan raya," katanya.

Mengulas lanjut, Lokman menambah pelaksanaan operasi khas yang bermula 1 September sehingga semalam itu berdasarkan kaedah risikan atau penyamaran di lampu isyarat lokasi tumpuan, sekatan jalan raya (SJR) dan 'snap check' membabitkan laluan motosikal di sekitar Ipoh.

"Dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan, JPJ mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mendidik pengguna supaya mematuhi peraturan dan berhemah semasa berada di jalan raya," katanya.

Katanya, operasi itu membabitkan 85 pegawai dan anggota dari JPJ ibu pejabat serta JPJ Perak dengan kerjasama bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 092-notis-kesalahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 1.615982 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list