View: 1519|Reply: 0
|
[Selangor]
Penghantar barang ditahan disyaki rogol anak tiri
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/cuffs5_1694165590.jpg)
GAMBAR hiasan
Ampang Jaya: Penghantar makanan direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes rogol dan cabul anak tiri sejak 2020.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, perintah tahanan reman bermula hari ini hingga 14 September.
Katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan lelaki berusia 30 tahun itu jam 10.30 malam tadi di rumahnya susulan laporan dibuat remaja berusia 15 tahun itu.
Menurutnya, berdasarkan laporan, remaja itu mendakwa dirogol dan dicabul bapa tirinya jam 12.30 tengah hari, pada Januari 2020 di sebuah rumah kedai di Pandan Indah, di sini.
"Ketika kejadian itu mangsa baru berusia 13 tahun dan pada 7.30 petang, 28 Ogos lalu suspek sekali lagi cuba mencabul mangsa.
"Kali terakhir suspek melakukan perbuatan itu pada jam 8 malam 30 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah dan ujian kencing negatif dadah.
"Berdasarkan siasatan lanjut pihak polis, suspek menafikan merogol atau mencabul mangsa. Suspek mendakwa anak tirinya mereka cerita kerana suspek tegas mendidik.
"Pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami koyakan lama.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aki-rogol-anak-tiri |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|