CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3292|Reply: 0

Britney buat hal lagi, berkuda separuh bogel

[Copy link]
Post time 7-9-2023 01:08 PM | Show all posts |Read mode

SEKALI lagi Britney Spears menjadi perhatian ramai apabila berkongsi gambar menunggang kuda tanpa baju di sebuah gurun baru-baru ini.

PENYANYI sensasi, Britney Spears sengaja mencuri perhatian ketika isu perceraian dengan Sam Asghari menjadi tajuk berita apabila berkongsi gambar menunggang kuda dalam keadaan separuh bogel.

Selebriti yang sememangnya kental kecaman itu selamba menayang aset ketika melakukan aktiviti riadah bersama beberapa rakan, baru-baru ini.

Katanya, suhu panas di tengah gurun mendorongnya membuka baju yang asalnya tersarung di tubuh apabila hanya memilih mengenakan jeans pendek dan bertopi.

    “Saya harus membuka baju di padang gurun yang sangat panas. Sebenarnya saya patut berbogel,” katanya menerusi kapsyen video yang dikongsikan dalam Instagram.

Begitupun, penyanyi Opsss!… I Did It Again itu hanya menunjukkan paparan bahagian belakangnya.

Dalam video terawal, wanita berusia 41 tahun tersebut memakai baju rona kuning yang menyerlahkan bahagian bahunya.

Namun pada pertengahan jalan yang tampak berliku dan penuh debu, dia berhenti seketika untuk membuka blaus tersebut.

Pada pertengahan bulan lalu, sebaik Sam mengumumkan perceraian mereka, Spears turut mempamerkan aksi hampir serupa.

Dalam paparan berkenaan, dia dilihat berguling di tempat tidur dengan mengenakan pakaian dalam berwarna merah jambu dan memakai but hitam paras lutut.

Menerusi sebuah video lain pula, ibu kepada dua putera itu menunjukkan seorang lelaki sedang menjilat kakinya seolah-olah sebagai balasan tindakan Sam menceraikannya.

Pada 17 Ogos lalu Sam yang juga pelakon dilaporkan sudah memfailkan perceraian selepas 14 bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Difahamkan lelaki berusia 29 tahun yang sudah berpindah keluar dari rumah kelamin mereka turut mendedahkan Spears menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja mereka.

Terdahulu, pasangan terbabit bertemu di set penggambaran video muzik Slumber Party pada 2016 dan hubungan mereka mula serius selepas itu.

Lima tahun kemudian Spears dan Sam mengumumkan pertunangan dan melangsungkan perkahwinan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Jun 2022. – HIBGLAM
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... kuda-separuh-bogel/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.312645 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list