|
Fazura mencuri perhatian ramai apabila hadir ke sebuah acara ,Program Santai Bersama Anwar di Jakarta.
Menerusi sebuah video siaran langsung di Facebook Anwar, Fazura tampil memberi soalan ketika di sidang media acara tersebut.
Foto: IG
“Sewaktu Datuk Seri dalam penjara, apakah kekuatan Datuk Seri dan juga mungkin boleh beri nasihat kepada anak-anak muda kita bagaimana mereka terus kekal semangat dalam mengharungi ujian dalam hidup. Terima kasih, Assalamualaikum,” katanya.
Sementara itu, Anwar menjawab persoalan isteri kepada aktor Fattah Amin itu secara ikhlas dan tidak melibatkan politik.
Jelas Anwar, antara perkara yang menyuntik kekuatan dan semangat dalam dirinya ketika di penjara adalah isteri tercinta,Datuk Seri Wan Azizah, anak-anaknya dan keyakinan diri yang tinggi.
Dalam video sama, Anwar turut memberi pesanan kepada anak muda untuk kuasai pelbagai ilmu dan berbeza cabang.
“Kalau saya boleh jawab dalam jawapan politik itu lain, tapi saya nak jawab dengan jawapan ikhlas. Saya jawab macam tu je la, hafal Al-Quran,baca hadis, ingat Azizah nyanyi lagu Azizah nyanyian P Ramlee yang terkenal itu.
“Apa yang menyebabkan saya bertahan itu adalah kerana keyakinan saya, ampun bukan bermaksud saya nak tunjuk saya hebat, tidak. Saya nak ceritakan pengalaman peribadi.
“Saya juga fikirkan Azizah dan anak-anak di luar. Saya mahu sihat dan kuat jadi bila berdepan mereka, jangan tunjuk kesedihan.
“Kalau tanya saya kerana keyakinan dan saya mahu bawa perubahan. Saya lawan korupsi, menegakkan keadilan. Bukan satu hal yang mudah.
“Sabar, guna kebijaksanaan, bina kekuatan, iman, kuatkan akal, jaga disiplin, baca sebanyak mungkin. Saya mahu persiapkan diri saya menguasai ilmu dalam pelbagai bidang supaya bila keluar dari pejara dan terus bertempur dari segi ideas,” tutur beliau.
Semetara itu, di ruangan Instagram, Fazura meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang untuk menyertai program tersebut. -CARI
Sumber: XTRA
|
|