CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3549|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengguna diminta elak laluan MRR2 arah Ampang

[Copy link]
Post time 6-9-2023 05:11 PM | Show all posts |Read mode

KEJADIAN lubang benam di Seksyen 21.30 MMR2 arah Ampang didapati berpunca daripada penutup ‘slab crossing culvert’ yang patah. FOTO Ihsan JKR

Kuala Lumpur: Pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Ampang, Selangor dinasihatkan menggunakan laluan alternatif berikutan berlaku 'sinkhole' (lubang benam) di Seksyen 21.30 laluan terbabit, hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 8 pagi tadi menyebabkan lorong kedua laluan di lokasi kejadian terpaksa ditutup daripada kenderaan untuk kerja pembaikan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak dalam kenyataan berkata, lokasi kejadian lubang benam itu berhampiran sebuah stesen minyak di Hulu Kelang dan laluan yang ditutup adalah sepanjang 10 meter.

"Laluan masih dibuka kepada semua kenderaan, namun aliran trafik di laluan itu sesak sejauh kira-kira dua kilometer dan kesesakan dijangka akan terus meningkat,

"Justeru, pengguna jalan raya yang menuju ke arah Ampang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu menggunakan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke)," katanya.

Kenyataan itu memaklumkan kejadian lubang benam berkenaan didapati berpunca daripada penutup 'slab crossing culvert' yang patah.

Katanya, petugas kini sedang mengawal trafik di lokasi kejadian dan kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh JKR Gombak selepas mendapat penilaian bagi melaksanakan kerja pembaikan di lokasi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-mrr2-arah-ampang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.118262 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list