CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3859|Reply: 1

sifat Sombong dan Ego tidak boleh masuk Syurga

[Copy link]
Post time 6-9-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by nurulazzah05 at 6-9-2023 01:21 PM


DIFINISI ORANG YANG SOMBONG DAN KENAPA SEMAKIN PARAH ?
     Suka membesar-besarkan diri sendiri, suka berlagak, sombong atau mahu mengawal oranglain dengan sifat angkuhnya. Pengertian dalam bahasa moden ialah ego, ini terjadi kerana minda mereka sudah dipengaruhi oleh nafsu, maka akal sudah tidak lagi berfungsi untuk berfikir secara positif. Contoh orang yang ada sifat sombong ialah  Firaun, Namrud dan Hamman boleh googgle kisah asal usul Fi’raun Firaun, Namrud dan Hamman.

    Oleh sebab itu, mereka tidak boleh menerima pandangan dan sering menyalahkan orang lain.Dari aspek perubatan Thibbun Nabawy, Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menyebut bahawa penyakit itu terbahagi kepada dua iaitu penyakit fizikal dan hati.

    Justeru,orang yang berlagak ini boleh dikategorikan sebagai orang yang mengalami penyakit hati yang kronik.Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran Surah AlBaqarah ayat 10 yang bermaksud, “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.”

BALASAN ORANG YANG SOMBONG
   "Tidak akan masuk ke dalam syurga, orang yang di dalam hatinya ada kesombongan meskipun hanya seberat biji sawi." (HR Muslim)

CIRI-CIRI ORANG YANG SOMBONG
     Ciri-ciri yang biasa kita nampak ialah mereka ini suka bercakap besar atau berdegar-degar,suka memperlekehkan orang lain, mengkritik dengan tujuan untuk menjatuhkan seseorang, memuji diri sendiri, bersikap defensive, suka berbohong, tidak suka menerima pandangan orang lain, selalu menceritakan sesuatu yangdiidam-idamkannya walaupun perkara itu mustahil untuk dicapai, suka mengawal orang lain dan cepat marah.
     Orang yang berlagak itu pada hakikatnya mereka adalah tergolong dalam golongan orang yang lemah kerana antara ciri-ciri orang yang berlagak itu adalah suka memarahi orang lain terutama di depan khalayak ramai. Di antara kesan sifat sombong ialah orang akan benci keadannya dan mudah marah, sedangkan kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan. Malah, apabila wujud sifat sombong, lahirlah penyakit berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindakbalas di atas kesilapan orang lain

UBAT ORANG YANG SOMBONG
    Terdapat beberapa cara antaranya ialah bersikap tenang beserta senyuman ketika menghadapinya,cuba sedaya upaya untuk tidak terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh mereka dengan cara berfikir secara rasional, siapkan hujah yang bernas dalam fikiran tetapi jangan berdebat, biarkan mereka meluahkan segala-galanya apayang ingin diperkatakan, elakkan dari terpengaruh dengan gaya komunikasi dan tutur kata mereka dan sama sekali jangan beremosional.
    Kelemahan orang yang berlagak ini ialah mereka sering mengungkapkan sesuatu yang tidak rasional dan suka memutar belit sesuatu perkara.

   Abu Sa’id al-Khadimi sewaktu mengulas riwayat ini menyatakan bahawa secara asalnya, sikap sombong adalah diharamkan. Namun kita dibenarkan bersikap sombong terhadap orang yang sombong, dan ia sebenarnya adalah sedekah dan perbuatan baik, kerana jika kita bersikap tawadhu di hadapan orang sombong,maka itu akan menyebabkan dirinya terus-menerus berada dalam kesesatan. Namun,jika kita bersikap sombong, dia akan tersedar daripada sikapnya itu.
    Ini sesuai dengan nasihat Imam Syafi’e, dimana terdapat riwayat bahawabeliau pernah berkata: “bersikaplah sombong kepada orang sombong”.Imam Al-Zuhri pula pernah mengatakan: “Bersikap sombong kepada pecinta dunia merupakan satu ikatan Islam yang kukuh”. Imam Yahya bin Mu’adz pula mengatakan, “Bersikap sombong kepada orang yang bersikap sombong kepadamu dengan hartanya, merupakan satu bentuk kerendahan diri.”
KESIMPULAN
    "Tidak akan masuk kedalam syurga, orang yang di dalam hatinya ada kesombongan meskipun hanya seberat biji sawi." (HR Muslim),“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.” (Hadis riwayat Hakim – sanad sahih dan "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong." (an-Nahl: 23)
      Apa yang paling penting adalah bukan kita hanya sekadar melihat perilaku orang lain, tapi sentiasa bermuhasabah diri, apakah kita ini termasuk dalam golongan orang yang berlagak dan lemah ini? Bagi mengelakkannya, hendaklah kita belajar berfikir secara rasional dan tidak emosi, senyum selalu, menilai kelemahan diri sendiri atau bersifat tawaddhu',menanamkan sifat kehambaan kepada Allah SWT. Janganlah kita menganggap apa yang kita fikir betul kesemuanya, bersedia untuk dikritik, menghormati pendapat dan terimalah nasihat serta pandangan orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2023 01:47 PM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Oleh yang demikiang janganglah sombong... Belanja lah aku burger...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041009 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list