CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5142|Reply: 39

Taman Tema Upin Ipin Telan Belanja RM700 Juta

[Copy link]
Post time 5-9-2023 08:58 PM | Show all posts |Read mode
Impian mewujudkan Taman Tema Upin Ipin sudah tercetus sejak siri animasi popular yang mengetengahkan watak kembar seiras itu diterbitkan sejak hampir dua dekad lalu.


Penerbit dan Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi, berkongsi impian syarikat animasinya membangunkan Taman Tema Upin Ipin bakal menjadi kenyataan dalam tempoh tiga tahun.


Burhanuddin berkata, taman tema itu sememangnya sudah lama dirancang, namun untuk merealisasikannya bukannya mudah kerana memerlukan perbelanjaan besar dan perancangan teliti.







"Nak buat taman tema bukan murah. Kami sudah banyak menerima tawaran tanah di Cyberjaya, Negeri Sembilan dan beberapa lokasi lagi. Namun, semua tanah itu mahu dijual, mana saya ada duit.


"Saya ada bertemu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sekitar beberapa bulan lalu. Saya mahu mengundangnya merasmikan Karnival Upin dan Ipin yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), antara 15 sehingga 17 Disember depan.


"Dalam pertemuan ini, beliau beritahu saya mahu bekerjasama membangunkan taman tema di Melaka. Saya tanya ada tanah atau tidak.


"Beliau minta saya tulis surat dan kemudiannya minta Melaka Corporation (MCorp) cari tanah yang sesuai," katanya kepada BH Online.


Tambah Burhanuddin, selepas bermesyuarat bersama MCorp kira-kira tiga minggu lalu, mereka ada menunjukkan tanah seluas 40 hektar di Alor Gajah, berdepan dengan A Famosa Resort Melaka.


"Tanah ini sudah dibersihkan dan diratakan. Memang cantik tanah ini, tetapi MCorp tidak mahu menjualnya, sebaliknya mahu ambil syer dalam projek ini.


"Jadi, kami berbincang tanggung hutang bersama, selain kami buat pinjaman bank atau keluarkan suku modal.


"Sekarang MCorp jadi rakan kongsi, jadi lebih memudahkan urusan. Saya suka jika taman tema ini diwujudkan di Melaka kerana sememangnya bandar pelancongan dan ramai pelancong Indonesia ke Melaka," katanya.


Berikutan itu, Burhanuddin berkata, projek itu kemungkinan akan bermula pada hujung tahun ini dan dijangka dibuka secara berperingkat sekitar 2026 sehingga 2027.


"Kami mungkin 'kick off' tahun ini memandangkan tanah pun sudah ada, jadi kena rancang dengan teliti. Selepas ini, kami kena cari kontraktor yang boleh buat. Dua hingga tiga bulan ini kami mahu mengusahakan modal dan menganggarkan perbelanjaan menelan RM700 juta.


"Taman tema ini seperti Disneyland. Kami sasarkan tiga tahun sudah boleh buka, tetapi buka secara berperingkat," katanya.






Sejak 2018, Les' Copaque Production sudah ditawarkan beberapa bidang tanah termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Ipoh, Perak; Johor Bahru dan Negeri Sembilan.


Siri Upin Ipin diperkenalkan di saluran TV sejak 2007 turut difilemkan pada 2009 dan tahun ini, siri animasi si kembar juga ditonton menerusi pentas teater muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!




Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2023 09:21 PM | Show all posts
Edited by gigahertz at 5-9-2023 01:23 PM

Jangan jadi macam MAPS perak dah la. tu pun melibatkan kerajaan negeri juga tu.
Kalau tanah tu boleh di beli insyallah projek ni menjadi.
tapi kalau main syer pastu nak keluar modal / pinjaman ni.
akan ada adegan tarik tali.
Tanah dah di ratakan nanti cakap lain
dah pacak signboard tapak apa semua nanti tuntu share lain.
dah siap semua nanti mintak lagi share lain.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan ekonomi sekarang better xpayah lagi laa buat taman tema bagai niee.. kot susah nk survive jahh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lalu plus highway hala ke utara, sebelum exit rawang mcm ada theme park baru nak buka tepi highway under projek gamuda. Tengok macam ada open cabin lift cable car. Mcm best jer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 10:42 PM | Show all posts
700 jota berapa sorang kena support ni? RM100 sorang dewasa sekali seumur hidup boley?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak hingin! Upin ipin dah basi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2023 11:50 PM | Show all posts
genting dolu sebelum skyworld tu ikutkan nak buka fox theme park ke apatah... pastu dah separuh jalan fox batal lesen/kontrak...
maps ipoh pulak masa iols pergi awal2 buka dulu ramai je orang... game2 pon best compare legoland johor tu... taktau management buat apa sampai lingkup... sayang sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 08:40 AM | Show all posts
membazir jerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2023 09:02 AM | Show all posts
ambil alih IPOH tu punya aja la...
awat nak buat baru pulak... yang kat IPOH tu sampai da kena tutup daaa...
alahaaaiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 09:30 AM | Show all posts
mane ade duit dia kata
bersusun kete mewah tu duit petik pokok ke? ke semua pon kete bank pakcik, pakcik poyo je mcm pakcik punye?
anyway, all the best la pakcik. bisnes jual budak2 ni mmg xkan pernah rugi lagi2 kalo pakcik berbaik2 dgn staff2. aset tu smua tau pcik. jgn smpai boboy, mechamato smua pon buat themepark jugak. naya upin ipin nangisss xberlagu nnti
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Taman tema ni Sunway Lagoon yang ramai orang. Kalau Legoland tu manjang sendu. Takyah beratur pun nak naik ride Kalau kat Melaka pun rasanya sendu juga.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 09:55 AM | Show all posts
Takde duit  takde duit...anak beranak muka pecah pun bergaya sakan kereta berderet show off kat orang, gaji staff naikkan dulu, jangan buat staff macam hamba, macam lembu...mentang2 syarikat animasi tak banyak kat malaysia ni... amik kesempatan ye.. anak beranak dah lah sombong macam babi...termasuk nenek lampir tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 11:03 AM | Show all posts
relevan lg ke 2 bdk togel nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 6-9-2023 09:55 AM
Takde duit  takde duit...anak beranak muka pecah pun bergaya sakan kereta berderet show off kat oran ...

byk haku dengar isu bos si kopek nie... cer spill the tea lg kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 11:30 AM | Show all posts
good luck je lah aku ucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm terus rasa tak yakin nk pergi sbb awal2 dah cakap takde duit bagai
Risau je isu safety dan kualiti theme park tu nanti.
Kalau bajet ciput ni..nak bayar maintenance alat2 tu pun konfem sendu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2023 11:39 AM | Show all posts
upin ipin ni patut buat kat mini malaysia ja....
dia kan konsep kampung, buat je kat situ.... letak game kampung kat situ
kalau boboiboy, ejen ali ok la buat theme park.
org nk tgk konsep dia tu kat dunia nyata.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 11:43 AM | Show all posts
Confirm tiket masuk nnt pun ala2 legoland.
Mmg tak mampu ler nak bawa anak2 cucu cicit masuk ke taman tema.

Pada pendapat meols la kan... daripada buat taman tema utk 1-1 produksi, boleh jer bekerjasama pelbagai animasi dibawah 1 bumbung. Rasanya agi berbaloi nak masuk ke taman tema tersebut.


Boboiboi, mechamato, upin & ipin, ejen ali dll.

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 11:45 AM | Show all posts
s@s@ replied at 6-9-2023 11:39 AM
upin ipin ni patut buat kat mini malaysia ja....
dia kan konsep kampung, buat je kat situ.... letak  ...

setuju yg ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Pi laaaa MAPS ipoh tu. Reno apa yg patut. 100 juta pun cukup kot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.084500 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list