CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1524|Reply: 0

F1: Verstappen semakin luar biasa

[Copy link]
Post time 5-9-2023 01:16 PM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN mencipta rekod baharu apabila meraih kemenangan ke-10 berturut-turut serta ke-12 sepanjang musim ini. - AFP

MONZA, Itali – Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menilai bahawa pemandu terbaiknya, Max Verstappen sukar untuk ditewaskan mana-mana pelumba di dunia ini selepas melakar kemenangan ke-10 berturut-turut musim ini.

Selepas kemenangan di Grand Prix (GP) Miami pada Mei lalu, Verstappen tidak lagi mampu dicabar mana-mana pelumba sekali gus mencipita sejarah baharu F1 dengan rekod 10 kemenangan GP berturut-turut selepas muncul juara di GP Itali.

Biarpun memulakan saingan di petak kedua, pemandu berusia 25 tahun itu mempersembahkan aksi dominan di Autodromo Nazionale Monza dengan mengatasi Carlos Sainz (Ferrari) yang memulakan perlumbaan di petak hadapan.

Lebih manis, Verstappen dan Sergio Perez meraikan kemenangan satu-dua Red Bull di Monza sekali gus melebarkan kemenangan ke-14 berturut-turut pasukan tersebut musim ini.

“Apa yang dilakukan Verstappen sangat luar biasa dan memandu pada tahap yang sukar dipercayai

“Saya tidak fikir ada sesiapa di dunia sekarang yang boleh mengalahkan Max Verstappen dalam jentera ini, itu sudah pasti.

“Anda perlu mengiktiraf dan memuji apa yang Verstappen telah lakukan pada masa ini. Ia sangat istimewa. Dalam sukan ini, sangat jarang perkara seperti ini berlaku.

“Saya rasa kami telah mencipta sejarah dan tidak selalunya anda mendapat peluang untuk melakukannya. Kemenangan ini adalah detik keemasan untuknya dan detik keemasan untuk pasukan,” kata Horner.

Dalam pada itu, Verstappen percaya kemenangan yang dia capai pada hari ini adalah hasil kerja keras pasukannya.

“Saya berbangga dengan usaha keseluruhan pasukan sepanjang tahun ini. Apa yang kami lakukan pada masa ini untuk memenangi setiap perlumbaan tahun ini adalah sesuatu yang pasti kami nikmati

“Saya tidak fikir kejayaan yang kami capai ketika ini mampu dilakukan tahun-tahun berikutnya. Jadi, kami perlu gembira dengan apa yang kami capai,” kata Verstappen. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... semakin-luar-biasa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.051615 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list