View: 2649|Reply: 2
|
"Semoga Ada Jalan Noktah Supaya Tiada Mana-Mana Pihak Mengganggu Ketenteraman Sarah Dan Cucu-Cucu Kami,"-Yusof Haslam
[Copy link]
|
|
Datuk Yusof Haslam berharap kes saman yang melibatkan Puteri Sarah Liyana dan bekas menantu Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan menemui jalan terbaik dan tidak berpanjangan.
Yusof juga berharap agar tiada mana-mana pihak mengganggu ketenteraman Sarah dan anak-anaknya.
 Foto: XTRA
“Saya dengan Datin Patimah enggan komen. Itu hak dia, tapi kami doakan yang terbaik supaya isu ini tidak berpanjangan.
“Semoga ada jalan noktah supaya tiada mana-mana pihak mengganggu ketenteraman Sarah dan cucu-cucu kami,” jelasnya kepada Harian Metro.
Malah, Yusof meminta orang luar untuk memberi ruang kepada Sarah untuk melangsungkan kehidupannya dengan bahagia dan aman.
“Biar Sarah meneruskan kehidupannya dengan tenang,” jawabnya lagi.
Sebelum ini, Puteri Sarah telah memfailkan saman terhadap Wiwi Darvinda atas sebab masih menjaja cerita dan bercakap buruk mengenainya di media sosial. -CARI
Sumber: XTRA |
|
|
|
|
|
|
|
“Biar Sarah meneruskan kehidupannya dengan tenang,” jawabnya lagi.
Mmg kitaorang nak dia move on dgn tenang, so pls nasihat kat ex-menantu Dato' tu, cukup2 lah mengadu bercerita kat socmed pasal isu peribadi. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah sarah sarah sarah
cuba aman2 jadi mcm ira kaza tu masak sotong dia tu... tenang2 aje..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|