CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1708|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis buru lelaki tunjuk kemaluan kepada wanita

[Copy link]
Post time 4-9-2023 03:06 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar daripada rakaman video yang tular di dalam media sosial yang menunjukkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.



BUKIT MERTAJAM: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dalam satu kejadian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, terdahulu, rakaman video mengenai perbuatan lelaki itu tular selepas dimuat naik ke dalam laman Twitter kira-kira pukul 9 malam tadi.


TAN CHENG SAN

Menurut Cheng San, siasatan polis mendapati, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9 pagi semalam di kawasan parkir kenderaan berdekatan Pizza Hut Alma, di sini.

“Suspek atau lelaki terbabit yang tidak diketahui bangsanya dikatakan datang ke tempat tersebut menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna merah dengan nombor pendaftaran palsu.

“Ketika kejadian, suspek menghampiri pengadu iaitu seorang wanita warga tempatan yang berada di dalam sebuah kereta.

“Dia (suspek) kemudian membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pengadu sebelum beredar tidak lama kemudian,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Cheng San, susulan kejadian berkenaan, pengadu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Mertajam di sini dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Polis mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan maklumat berhubung kejadian tersebut kepada pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Yusrashidi Yussof di talian 017-4336334 atau berhubung dengan mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujar beliau. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... luan-kepada-wanita/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.090597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list