View: 3786|Reply: 27
|
Cef Wan Dah Botak, Lebih Yakin Dengan Diri
[Copy link]
|
|
Cef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebelum ini pernah membuat perkongsian mengenai yang sudah mula mengalami simptom keguguran rambut setelah menjalani beberapa rawatan kimoterapi di sebuah pusat perubatan di ibu negara, sejak disahkan menghidap kanser limfoma.
Kini, Cef Wan menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik foto yang memaparkan dirinya yang tampil dengan imej botak . Jelas Cef Wan, beliau mempunyai keyakinan dalam diri berbanding bimbang akan pendapat orang lain terhadap penampilannya yang berbeza.
“Apabila badan anda mula mengecut, double chin mula muncul di bawah leher anda. Qamal berkata kepada saya selepas mencukur sebahagian besar rambut saya. ‘Mungkin anda mahu memakai topi untuk menutup kepala jika anda keluar’.
"Saya memberitahunya bahawa saya mempunyai lebih keyakinan dalam diri saya daripada bimbang tentang pendapat orang lain tentang penampilan saya atau bagaimana saya harus tampil diri di khalayak ramai," katanya.
Akui membawa imej botak buat masa sekarang atau selamanya tidak menjadi satu kebimbangan, Chef Wan sempat berseloroh mahu membawa watak seorang ‘Atuk Toyol’ yang sering menculik kanak-kanak pemalas dan suka ponteng sekolah dalam siri pendek animasi terkenal Malaysia, iaitu Upin & Ipin.
“Saya memang nampak macam Mr Cone Head juga. Ahh series baru Upin dan Ipin boleh la Atok main watak Atok Toyol culik anak-anak kampung yang malas nak belajar suka ponteng sekolah ????????????????,” seloroh Cef Wan.
Dalam pada itu, Chef Wan turut menjelaskan bahawa dia tidak mahu tampil dengan imej ‘botak licin’ kerana bimbang terhadap bilah pencukur yang akan terkena pada kulit kepalanya, dan secara tak langsung akan menyebabkan berlaku jangkitan.
Sumber: Murai, IG Chef Wan |
|
|
|
|
|
|
|
Setianya Qamal. |
|
|
|
|
|
|
|
Kagum dgn semangat CW n very positif. InsyaAllah, CW akan sembuh, ameen. But brkacamata begitu, nampak garang laa.... |
|
|
|
|
|
|
|
So positif siap melawak lg. Gws chef. |
|
|
|
|
|
|
|
Wlpn ade sstengah acik porem anti CW tp ape yg aku boleh kata dia very humble,xsombong wlupun dlu aku xskong eh kes serina dgn ex laki omputeh dia tu,tp bayangkan CW jetlag time tu dia baru je disembark dr pintu kapal jalan setiap 5 langkah org stop nk selfi nk ambik gmbar dgn penat2 dia pon,dia masih melayan and tak look down wlupun cleaner kat epot tu,aunty cleaner pon minta ambik gmbar dgn CW,CW melayan sambil mulut potpet borak2 dia blablabla..klau retis lain maunya muncung dah mulut tak koseerrr kan nk melayan yelah letih ape semua..patotla heol ada je rezeki wlupun heol kuat mmbebel |
|
|
|
|
|
|
|
teringat lawak kak dude bagitau camne nk kurus berjimat iaitu gi kemo bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
iols setuju, dia memang humble dan ramah layan fan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Have a speedy recovery CW! Respect dia bile tngok cara dia berbakti kpd arwah bekas isteri dia.. mulut mmg bising tapi hati baik |
|
|
|
|
|
|
|
liyamariska replied at 5-9-2023 06:51 AM
teringat lawak kak dude bagitau camne nk kurus berjimat iaitu gi kemo bagai...
Mana dah kak dude a.k.a chef wan forum ni???? |
|
|
|
|
|
|
|
bila sakit @ ngadap sakarat....dh x guna kwn2 vip yg sama2 enjoy pegi holiday sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Gws cepone. Mana gambar qamal nak gak tengok orangnya |
|
|
|
|
|
|
|
berat ujian dia tapi dia tetap positif.
cw ni wpun mulut dia jahat tp bab dia sedekah/bantu family tu mmg dipuji.
bertuah dia ramai kwn2 support dia |
|
|
|
|
|
|
|
GWS Chef Wan |
|
|
|
|
|
|
|
Adik beradik dia ada yg botak dah nak serupa muka ngan cep one..GWS yaachh |
|
|
|
|
|
|
| |
|