View: 2248|Reply: 0
|
Ahmad Idham Tak Pernah Hilang Dari Industri Seni
[Copy link]
|
|
“Saya tak pernah hilang dari industri seni. Saya juga tak pernah lari, tetapi dalam tempoh empat tahun saya menimba pengalaman. Belajar selok belok industri seni.”
Demikian jawapan penerbit dan pengarah tersohor, Dr. Ahmad Idham ketika ditanya mengapa dia mengambil masa empat tahun sebelum kembali ke kerusi sutradara menerusi karya baharunya, Anak Perjanjian Syaitan 2.
Jelas Ahmad Idham, memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebelum ini memberi dia peluang untuk mengembara sambil menimba pengalaman.
“Banyak perkara yang saya lakukan selama tempoh ‘kehilangan’ sebagai pengarah itu. Dengan Finas, saya banyak mengembara atas khidmat dan tugasan, dalam pada masa sama saya belajar.
“Itu yang saya lakukan dan dengan ilmu serta pengalaman yang diperolehi, saya cuba garapkan filem baharu dengan pengetahuan baharu. Itu yang saya lakukan untuk kekal relevan dalam industri seni,” ujarnya.
Pengarah drama fenomena, Cinderella itu ditemui usai majlis kesyukuran dan doa selamat tamat penggambaran filem Anak Perjanjian Syaitan 2 lakonan Aliff Satar, Fasha Sandha dan Eyka Farhana di sini baru-baru ini.
Bercakap tentang naskhah baharunya, Ahmad Idham mengakui pernah hilang motivasi dan semangat untuk kembali ke kerusi pengarah naskhah serem kerana beberapa dihimpit kontroversi sebelum ini.
“Mungkin ada yang risau atau menganggap pengarahan saya sudah outdated. Tapi itu kena tanya pelakon. Saya ada kerisauan sendiri, takut peminat masih teringat filem-filem seram saya sebelum ini.
“Semestinya dengan peredaran masa sekarang, pengarahan semakin berbeza. Bila buat comeback, saya mahu sesuatu yang berbeza. Lebih mencabar diri. Mungkin naskhah yang belum pernah penonton saksikan,” katanya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|