CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2811|Reply: 1

Untung bersih suku kedua CIMB naik kepada RM1.77 bilion

[Copy link]
Post time 31-8-2023 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Untung bersih suku kedua CIMB naik kepada RM1.77 bilion



CIMB


Kuala Lumpur: CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih baik kepada RM1.77 bilion pada suku kedua (S2) berakhir 30 Jun, 2023, daripada RM1.28 bilion setahun sebelumnya berdasarkan peningkatan kukuh dalam pendapatan bukan faedah (NOII).

Hasil meningkat kepada RM5.33 bilion daripada RM4.88 bilion sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Bank itu berkata, pendapatan operasi meningkat 9.2 peratus kepada RM5.33 bilion hasil NOII yang kukuh dan pendapatan faedah bersih (NII) yang agak rendah.

Mengenai segmen perbankan komersial, CIMB berkata, keuntungan sebelum cukai (PBT) melonjak 34.4 peratus tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM426 juta didorong oleh pendapatan operasi yang lebih baik dan peruntukan yang lebih rendah daripada tindanan masuk kira semula.

Sebaliknya, PBT perbankan pengguna jatuh 6.5 peratus daripada NOII yang lebih rendah, sebahagiannya diimbangi oleh NII yang lebih baik, dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi (opex); manakala PBT perbankan borong susut 2.6 peratus kerana peruntukan lebih tinggi daripada ketiadaan masuk kira semula pendedahan derivatif.

Sementara itu, dalam satu kenyataan CIMB berkata, jumlah pinjaman kasar dan pertumbuhan deposit terus berada pada trajektori menaik pada separuh pertama tahun kewangan 2023 (1H TK2023), masing-masing mencatatkan peningkatan 8.3 peratus dan 9.5 peratus tahun ke tahun, merentas pasaran utama dan segmen perniagaan.

Sementara itu, jumlah akaun semasa dan akaun simpanan (Casa) menguncup sedikit tahun ke tahun tetapi bertambah baik kepada 5.7 peratus pada asas suku tahunan didorong oleh inisiatif serantau yang mula membuahkan hasil.

"Ini membawa kepada nisbah Casa yang mampan sebanyak 38.5 peratus pada akhir Jun 2023," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, bank berbesar hati untuk meningkatkan dividen interim kepada 17.5 sen sesaham, mewakili nisbah pembayaran sebanyak 55 peratus – peningkatan daripada 50 peratus pada 1H TK2022 – dalam keadaan kedudukan modal, pembiayaan dan kecairan kumpulan yang kukuh.

Portfolio Asean yang dipelbagaikan juga menunjukkan keputusan positif, dengan pertumbuhan dipacu daripada operasi di Indonesia dan Singapura yang dibentuk semula yang melindungi kumpulan daripada risiko menurun dalam pasaran yang lebih lemah, katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... kepada-rm177-bilion

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2023 03:57 AM | Show all posts
good Job CIMB bank terbaik se Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.051799 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list