CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2015|Reply: 10

Kecewa Putus Cinta, 'Job' Sangkut Jadi Punca RJ 'Hilang'

[Copy link]
Post time 30-8-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Rapper Jambang atau RJ disangka sudah tidak lagi aktif dalam bidang seni .


Katanya tempoh empat tahun sejak 2017, dianggap fasa ujian dalam hidup selain cara Tuhan memberi teguran hingga memaksa dia menarik 'handbreak' atau berubah.


Foto: Berita Harian




"Terlalu banyak yang saya lalui sepanjang fasa 'hilang'. Sebenarnya, ketika itu, saya masih mencari rezeki dalam bidang lakonan. Tetapi, saya menyahaktif akaun media sosial hingga ramai teman tertanya-tertanya kehilangan saya.


"Saya juga diuji dengan kisah perhubungan yang tidak menjadi. Mungkin kerana bercinta pada usia lewat, insiden itu memberi kesan kepada saya.


"Saya ibarat tersalah isyarat, selama setahun, saya fikirkan wanita itu serius. Rupanya dia hanya anggap saya sebagai kawan. Saya tiada tempat mengadu, ibu sudah lama meninggal dunia.


"Bapa pula sudah berkahwin lain dan menetap di Kedah. Saya anak tunggal, jadi, segala kesedihan ditanggung sendiri hingga ada teman sangka saya hadapi masalah kesihatan mental," katanya kepada Berita Harian.


RJ berkata, fasa selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dianggap paling getir kerana berdepan masalah kewangan hingga menyukarkan dirinya keluar bekerja.


"Sepanjang PKP saya tak dapat tawaran berlakon dan bergantung hidup kepada pendapatan diraih melalui sesi 'live' di sebuah aplikasi.


"Akibatnya, kereta saya ditarik. Saya beruntung kerana ibu bapa tinggalkan kediaman untuk saya. Saya terpaksa bekerja sebagai penghantar barang. Ketika saya hantar pesanan, tidak sangka, ada orang masih kenal saya," katanya.


RJ yang kini mahu dikenali sebagai RJ Helmy bersyukur selepas beberapa tahun menempuh tempoh sukar, dia ditawarkan berlakon kebanyakannya membabitkan syarikat produksi, Global Station Sdn Bhd.


RJ bersyukur dirinya umpama mendapat peluang kedua daripada Tuhan bagi meneruskan perjalanan hidup.


"Sekarang saya mampu memiliki semula kereta dan kedudukan kewangan kembali stabil. Alhamdulillah, tawaran lakonan sentiasa ada, cuma mungkin saya tidak muncul dalam media, jadi orang tidak tahu kewujudan saya," katanya yang tidak menjadikan soal berpacaran sebagai keutamaan hidup sekarang.


Menyentuh mengenai kerjaya nyanyian, RJ berkata, selepas single Teman Pengganti, dia merakamkan 11 lagu termasuk dendangan duet bersama Mark Adam berjudul Dunia Fantasi. Bagaimanapun, single itu tidak sempat dipromosikan. -CARI


Suber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 04:39 PM | Show all posts
sedih kisah hidupmu nak....tapi Beni memang tak tau langsung anda ni siapa.
bangkit dan usaha lagi ye.. jangan putus asa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 04:39 PM | Show all posts
sedih kisah hidupmu nak....tapi Beni memang tak tau langsung anda ni siapa.
bangkit dan usaha lagi ye.. jangan putus asa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 05:04 PM | Show all posts
don't give up
keep on living

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 05:13 PM | Show all posts
saper pulak nih..??
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sgt jujur statement
Ape2 semoga dimurahkan rezeki dn dipermudahkan urusan bang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2023 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak dia kawen dgn mak kenalan iols… Lama tak dgr khabar kenalan iols tu…

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
bersabarlah..achik fhm perasaanmu, nak

dia nynnyi teman pengganti ajl nmpk ada attitude
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2023 06:51 PM | Show all posts
Semoga Tuhan permudah kan hidup encik RJ.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tak kenal tapi sedih jugak kisah hidup dia..anak tunggal takde tempat nak luah perasaan..semoga murah rezeki pada depan ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2023 08:02 PM | Show all posts
kesiannye kene friendzone...
takpela... cari duit byk2... dah kaya raya besok walaupun dah tua, ramai nak punyeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.553686 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list