CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2574|Reply: 1

Bekas Kakitangan JAIM Tak Mengaku Tipu Emolumen RM154,000

[Copy link]
Post time 30-8-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka hari ini, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menipu emolumen berjumlah lebih RM154,000, tujuh tahun lalu.


Tertuduh, Muhammad Anuar Mat Zin, 38, membuat pengakuan itu sejurus empat pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.




TERTUDUH (kanan) diiringi pegawai SPRM selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!




Mengikut kesemua kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan empat Guru Sambilan Tidak Terlatih (GSTT) untuk mempercayai bahawa resit rasmi bagi maksud pembayaran balik emolumen imbuhan tetap perumahan (ITP), elaun bantuan kos sara hidup (COLA) dan elaun kakitangan awam (EKA).


Bayaran itu adalah bagi peletakan jawatan JAIM-KPM membabitkan jumlah keseluruhan RM154,864.40.


Kesemua kesalahan itu dilakukan di pejabat Bahagian Sumber Manusia 2, JAIM dalam daerah Melaka Tengah antara 8 November 2017 hingga 19 Julai 2018.


Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Syakila Yaacob mencadangkan jaminan RM10,000 bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.


Tertuduh diwakili Peguam Mohd. Nazri Abd. Hamid bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh merupakan seorang bapa tunggal kepada tiga anak yang masih bersekolah, selain menjaga ibu bapa yang uzur.


Setelah mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dan bersetuju dengan semua syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.


Mahkamah menetapkan tarikh 15 September depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 01:53 PM | Show all posts
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.661740 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list