CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6718|Reply: 68

Bukan Melingkup, Bisnes Makin Laris Selepas Dikecam Jual Telur Dadar RM13 "Yang Tak Mampu Kenapa Nak Makan?

[Copy link]
Post time 30-8-2023 11:29 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Peniaga telur dadar RM13 kata kisahnya yang tular sebelum ini tidak melingkupkan perniagaannya, malah menjadikan menu tersebut semakin laris dan habis terjual sebanyak 200 set dalam masa sehari.


Dania Sedek menerusi Facebook, turut berharap supaya menu tersebut mampu menjadi sumber rezeki kepada peniaga lain terutama yang mengecamnya, sebelum ini.


Foto: Kosmo




“200 set telur habis dijual hari ni. Terima kasih ya Allah, rezeki semua pejuang Niase. Semoga asbab Thai Omelette Niase, menjadi punca rezeki peniaga lain.


“Terutamanya peniaga yang mengutuk, mengejek dan menganjing buat video. Semoga Allah limpahkan kalian dengan rezeki melimpah-ruah.


“Saya tak marah, cuma kasihan. Sebab tak tentu hala dah sayu Malaysia dek kerana ‘Teloq Niase’,” katanya.







Dania menerusi akaun TikToknya menjelaskan bahawa terdapat banyak kos bahan mentah lain yang membuatkan harga telur dadar tersebut perlu dinaikkan dari RM8 ke RM13.


Tambahnya, dia meletakkan harga sedemikian sesuai dengan pelbagai bahan sampingan di dalam telur dadar tersebut seperti sos ikan premium, taugeh, cili, dan lain-lain.


Menerusi ruangan komen pula, orang ramai rata-rata mengatakan menu tersebut adalah sesuai berdasarkan bahan-bahan yang digunakan.


Tidak kurang juga yang turut membandingkan harga yang lebih mahal di restoran lain.


“Ada orang telur sebiji, campak bawang, susu sikit, jual RM4. Ni tiga biji telur RM13 dengan taugeh dan bahan lain, insya-Allah berbaloi,” ujar Aqilah Shah.


“Makan kat restoran lain, omelette dia RM30 lebih kot. Tapi terpulang la, ukur baju di badan sendiri, jangan la kecam, rasa mahal tak payah makan, tapi jangan la jatuhkan peniaga Melayu Islam kita,” kata Nur Shafila Ghazali.


“Bagi aku telur tu sesuai dengan harga, yang tak mampu kenapa nak makan?,” soal seorang lagi pengguna,” –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai mana telur Dadar rm30 lebih?
Dahsyat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 11:35 AM | Show all posts
Aku pun kalau dekat dah pergi serbu.

Jangan nilaikan makanan tu pada harganya sahaja.

Yang kata boleh buat sendiri tu silakan lah masak sendiri. Obviously yang pergi makan kat kedai tu tak boleh atau tak rajin nak masak sendiri. Betul la bukan dia letak pisau kat leher pun.


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan peniaga sama ke? Wartawan cari lain dah cover kisah ni lepas tu ada lagi artikel ni. Berapa minah ni bayar?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 11:39 AM | Show all posts
harga mgkn sesuai dgn kualiti makanan

so

kalo x mampu nak beli

buat ler sendiri

x payah kutuk

kalo x mampu, buat cara x mampu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Org kaya terlebih2x duit xde masalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2023 11:49 AM | Show all posts
mende yang premium? telur omega? kadang nak justify bgtau guna barang premium la, segar la.. hmm.. dia ni niaga kat ipoh night market yang jual tomyam viral beratur panjang tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 12:35 PM | Show all posts
elok juga kecoh, baru tambah udang. kalau tak kecoh, takde udang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 30-8-2023 12:35 PM
elok juga kecoh, baru tambah udang. kalau tak kecoh, takde udang

ooo ada udang ke rm13 tu? ritu tgk video sayuran&bahan asas je plg2 pun thai basil yg dia claimed susah nak dpt

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 12:47 PM | Show all posts
shernazz replied at 30-8-2023 11:34 AM
Kedai mana telur Dadar rm30 lebih?
Dahsyat...

harap2 dia maksudkan si erawan la...




Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 12:47 PM | Show all posts
Edited by esbok at 30-8-2023 12:51 PM
syamzana replied at 30-8-2023 12:40 PM
ooo ada udang ke rm13 tu? ritu tgk video sayuran&bahan asas je plg2 pun thai basil yg dia claimed  ...

Baru tambah. Lepas orang persoalkan bahan2 dipakai tak setimpal dgn rege. kira elok la viral,  baru tambah udang dalam 'omelette thai'  tu.



Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sedap dh portion berbaloi mmg akan dtg lg. Kalau harga level secret recipe tp kdi tepi jalan je, mkanan pulak xsedap. Mmg dtg skali jela.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lanacondor at 30-8-2023 01:21 PM
esbok replied at 30-8-2023 12:47 PM
Baru tambah. Lepas orang persoalkan bahan2 dipakai tak setimpal dgn rege. kira elok la viral,  baru ...


Eiii jahatnya.. rm13 yg video first tu xberbaloi je hg. Kalau area kl paham lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
13x200 = 2600 boleh cover gaji staff seorang dengan bahan mentah telur.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:23 PM | Show all posts
syamzana replied at 30-8-2023 04:40 AM
ooo ada udang ke rm13 tu? ritu tgk video sayuran&bahan asas je plg2 pun thai basil yg dia claimed  ...

thai basil kat rumah aku banyak , dia mudah nak tumbuh lepas tu low maintenance. Kat kedai mungkin susah nak dapat. Cari kat nurseri, lepas tu tanam sendiri. Tak de tanah, guna pasu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:38 PM | Show all posts
bukan main berlagak babi gemuk ni menulis kt fb dia
macam dia je terpaling guna barang2 mahal
lancau la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Taugeh Ipoh itu jangan ingat special sgt. Anak jiran aku kerje situ dia kata kotor yg  amat cara depa simpan taugeh gemok tu, dekat dgn kandang babi dekat area Tambun tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Thai basil tu kalau dah membiak x sedar diri..especially kalau rajin petik. Bunga dia terbang2 sampai penuh pasu lain. Last2 aku cabut sebab pakai sikit je pon. Ada sekali tu aku cantas & letak kat ruang tamu. Laki aku cakap bau dia "seram". X jadi la aku nak buat pewangi rumah[em:2:]
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 02:04 PM | Show all posts
selalunya awal2 yg beli sebab nak rasa apa yg special sangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 30-8-2023 02:00 PM
Thai basil tu kalau dah membiak x sedar diri..especially kalau rajin petik. Bunga dia terbang2 sampa ...

Bau dia kan blh buat healing sis, seram tang mna plk?.....lain le bau kemeyan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.181905 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list