CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17865|Reply: 6289

[Pulau Pinang] MENGENAL ERTI MERDEKA

  [Copy link]
Post time 30-8-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-8-2023 11:10 AM

Jemput jemput masuk warga CARI
jom borak borak santai

V194






SEMUA DI JEMPUT MASUK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2023 10:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2023 10:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 10:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 10:42 AM | Show all posts
laju matt bertukang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 10:42 AM | Show all posts
terima kasih matt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-8-2023 11:05 AM | Show all posts
Hari Kebangsaan: Beberapa jalan sekitar Bandaraya Kuala Terengganu ditutup


SEBAHAGIAN peniaga memakai busana Melayu tradisional dan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar Payang Walk bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2023. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Beberapa jalan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu ditutup secara berperingkat pada Selasa dan Khamis ini bagi memberi laluan kepada raptai penuh perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, ia membabitkan jalan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jalan Sultan Omar, Bulatan Sultan Omar, Jalan Cerung Lanjut, Wisma TNB, Jalan Engku SAR dan Jalan Tok Lam.

Beliau berkata, beberapa jalan lain yang turut ditutup adalah Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Kampung Kolam, Jalan Sultan Zainal Abidin dan pintu gerbang Dataran Shah Bandar.

"Ia ditutup secara berperingkat bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Selasa manakala pada Hari Kebangsaan, ia ditutup bermula jam 7.45 pagi hingga 12 tengah hari.

"Selain itu, terdapat empat jalan yang ditutup sepenuhnya pada Khamis iaitu Jalan Pesisir Payang (selepas Pasar Payang); Jalan Masjid Abidin (selepas simpang Restoran Matt Ori); Jalan Tok Lam (selepas Kedai 7 Rex Trading Sdn Bhd) dan Jalan Sultan Zainal Abidin (dari lampu isyarat Mayang Mall)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd Zaki berkata, terdapat empat laluan alternatif yang boleh digunakan bagi mereka yang ingin ke pusat bandar iaitu bagi pengguna dari Marang dan Chendering boleh menggunakan Jalan Batu Buruk-Jalan Kamarudin manakala pengguna dari Gong Badak dan Kuala Nerus boleh menggunakan Jambatan Sultan Mahmud-Bukit Besar-Jalan Air Jernih.

Katanya, pengguna dari Seberang Takir boleh menggunakan Jalan Tengku Ampuan Bariah-Jambatan Sultan Mahmud-Bukit Besar-Jalan Air Jernih dan pengguna dari Simpang Tokku pula boleh menggunakan laluan Bukit Besar-Jalan Air Jernih.

"Bagi pengguna yang ingin ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), mereka boleh melalui Jalan Sultan Mahmud dari persimpangan Batu Buruk ke persimpangan HSNZ, " katanya.

Wan Mohd Zaki berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai serta tidak menghalang laluan yang digunakan sebagai laluan perbarisan bagi mengelak berlakunya sebarang kesulitan.

Katanya, penggunaan semua jenis dron tanpa kelulusan di kawasan sambutan Hari Kebangsaan 2023 adalah dilarang bagi mengelak kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam berlaku.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya mematuhi segala arahan yang diberikan anggota polis yang bertugas dan pengguna boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6322243 untuk sebarang pertanyaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -terengganu-ditutup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2023 11:06 AM | Show all posts

teruja nak bertukang rumah baru

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2023 11:06 AM | Show all posts

sama sama zura





Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 11:11 AM | Show all posts
mattzzx replied at 30-8-2023 11:06 AM
teruja nak bertukang rumah baru

semangat yg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 11:12 AM | Show all posts

zura kena reply lg kt rumah lama sb nov dan mira belum masuk lg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2023 11:15 AM | Show all posts
Pakej 5G Rahmah ditawar kepada semua rakyat mulai 31 Ogos


FAHMI (tiga,kanan) melawat ke ruang jualan pada Pelancaran Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam di Anjung KKD hari ini. FOTO Bernama

Putrajaya: Pakej 5G Rahmah, dengan spesifikasi asas pelan data (device bundle) membabitkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB, akan mula ditawarkan bermula 31 Ogos ini untuk semua rakyat Malaysia hingga Disember.

Ketika melancarkan pakej 5G Rahmah itu di sini hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut mengumumkan insentif pascabayar Rahmah Penjawat Awam membabitkan rebat RM10 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pakej pascabayar bernilai RM60 dan ke atas, yang akan bermula 16 September ini.

Beliau berkata pakej 5G Rahmah dilancarkan hari ini yang membabitkan pilihan telefon pintar sama ada jenama Samsung A14 5G atau Honor 90 Lite 5G itu, hanyalah merupakan spesifikasi asas bagi pemberian pakej 5G Rahmah dan pihak telco amat digalakkan menyediakan tawaran yang lebih baik.

"Sebagai contoh telco boleh menyediakan harga telefon pintar yang lebih rendah daripada RM240 atau bayaran bulanan pelan pascabayar yang lebih rendah daripada RM60 atau kuota data yang lebih banyak daripada 60GB sebulan," katanya.

Menurutnya, difahamkan ada dalam kalangan syarikat telekomunikasi yang akan menawarkan pakej 5G Rahmah pada harga serendah RM35 untuk data 100GB berserta peranti 5G, malah ada yang menawarkan peranti secara percuma.

Beliau berkata melalui kerjasama strategik Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan syarikat pengeluar telefon bimbit Samsung dan Honor, tempoh waranti tambahan 12 bulan akan diberikan yang menjadikan tempoh waranti keseluruhan bagi Pakej 5G Rahmah adalah selama 24 bulan iaitu sama dengan tempoh kontrak.

"Pakej 5G RAhmah ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pembelian," katanya.

Selaras dengan kerangka Ekonomi Madani, Fahmi turut mengumumkan Pakej 5G Rahmah akan ditawarkan kepada 100,000 pelanggan terawal daripada golongan B40 dan mereka layak mendapat subsidi RM120 untuk telefon pintar.

"Sebagai contoh, bagi telefon pintar berharga RM240, pelanggan yang layak hanya perlu membayar RM120 bagi telefon pintar itu.

"Sekiranya telco menyediakan telefon pintar pada harga yang lebih rendah daripada harga RM240, misalnya RM200, harga yang perlu dibayar oleh pelanggan setelah ditolak subsidi adalah sebanyak RM80 sahaja," katanya.

"Bagi 100,000 pelanggan terawal golongan B40 yang mendapat subsidi RM120 ke atas harga telefon pintar, hanya satu pakej 5G Rahmah sahaja yang layak diperoleh menggunakan subsidi ini. Harga telefon pintar bagi pembelian kedua dan seterusnya di bawah pakej ini adalah pada harga RM240," katanya.

Bagi insentif pascabayar Rahmah Penjawat Awam pula, Fahmi berkata tawaran rebat itu adalah buat penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan serta tertakluk kepada terma dan syarat daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terbabit.

Insentif itu terbahagi kepada dua kategori iaitu penjawat awam yang baru mendaftar untuk melanggan pakej pascabayar bernilai RM60 dan ke atas dengan mana-mana telco terlibat; dan penjawat awam yang sedang melanggan mana-mana pakej pascabayar yang bernilai RM60 dan ke atas dengan mana-mana telco terlibat, dan pakej pascabayar itu tidak terikat dengan kontrak.

Fahmi berkata insentif berkenaan tidak terpakai bagi penjawat awam yang melanggan mana-mana pakej pascabayar secara berkumpulan melalui kementerian, jabatan, agensi, kelab dan persatuan kerana pakej pascabayar secara berkumpulan telah mempunyai rebat.

Beliau berkata pakej serta insentif yang diumumkan itu merupakan manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan Perpaduan terhadap rakyat dengan kerjasama lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes) serta syarikat pengeluar telefon iaitu Samsung Malaysia Electronics dan Honor Malaysia.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akyat-mulai-31-ogos

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2023 11:16 AM | Show all posts
semoga bermanfaat kepada rakyat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2023 11:16 AM | Show all posts
Nombor pendaftaran istimewa M....M sempena Hari Kebangsaan



Putrajaya: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) bermula huruf M diikuti nombor dan berakhir sekali lagi dengan huruf M sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bidaan itu dibuka mulai Khamis ini melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).

"NPI yang dimaksudkan ialah tanda indeks prefiks M di hadapan dan sufiks M di belakang iaitu siri M (nombor) M.

"Tanda indeks nombor istimewa ini dipilih dengan membawa maksud dan lambang Malaysia Merdeka sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Nombor pendaftaran istimewa M....M ini bermaksud Malaysia Merdeka atau Malaysia Madani.

Loke berkata, tarikh tutup bidaan nombor pendaftaran istimewa itu adalah pada 4 September dan tarikh keputusan akan diumumkan pada keesokannya.

Katanya, kaedah penawaran bidaan itu adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan melalui Sistem JPJeBid.

Harga bidaan menerusi JPJeBid adalah mengikut harga minimum ditetapkan iaitu bagi nombor bernilai utama bermula daripada RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300).

"Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida, mesti didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

"Saya berharap melalui bidaan ini, dapat menjana pulangan yang tinggi kepada kerajaan," katanya.

Menerusi bidaan nombor pendaftaran FF sebelum ini, JPJ berhasil mendapat pulangan sebanyak RM34.2 juta.



ANTHONY Loke (dua dari kanan) bersama KSU Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran (dua dari kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Ibrahim Mohd Yusof (kanan) menunjukkan nombor pendaftaran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Putrajaya. FOTO Hairul Anuar Rahim

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ena-hari-kebangsaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2023 11:19 AM | Show all posts
boleh lah kepada sesiapa yang berminat untuk tender nombor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2023 11:20 AM | Show all posts
Agrobank bawa kelainan kali ini


FOONG Hin (kanan) bersama Tengku Ahmad Badli Shah merasmikan acara perarakan kontinjen Kereta Antik Agrobank sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66. FOTO ROHANIS SHUKRI

Kuala Lumpur: Bagi menghayati Hari Kemerdekaan serta sambutan yang menggalakkan diterima tahun lalu, Agrobank sekali lagi menyertai perarakan dan perbarisan di Dataran Putrajaya dengan sedikit kelainan.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, ia menampilkan 30 kereta antik daripada pelbagai model dalam perarakan kali ini.

Katanya, dengan mengangkat tema 'Wajah Kita Harapan Negara', seramai 30 peserta yang terdiri kakitangan Agrobank akan turut memperagakan pakaian kebangsaan berbilang kaum dan bangsa di Malaysia seperti kaum Iban, Melayu Kelantan, Pahang, Selangor, kaum India dan Cina.

"Mereka akan menaiki kereta antik yang disediakan oleh kami dari pelbagai zaman sebelum kemerdekaan hingga selepas kemerdekaan," katanya kepada pemberita selepas majlis upacara flag off perarakan kontinjen Kereta Antik Agrobank di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.


KAKITANGAN Agrobank mengibarkan Jalur Gemilang pada perasmian program acara perarakan kontinjen Kereta Antik Agrobank. FOTO ROHANIS SHUKRI

Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Badli berkata, sepanjang bulan kemerdekaan ini, Agrobank sedang melaksanakan pelbagai inisiatif serta program bertemakan kemerdekaan khususnya buat pelanggan.

Katanya, antaranya ialah Campaign Snap & Win Merdeka Agrobank 2023, kempen pertandingan mengambil foto yang menarik bertemakan kemerdekaan dan perarakan Hari Kebangsaan.

Beliau berkata, pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah likes tertinggi, gambar dan kapsyen yang menarik serta tarikh penyertaannya dibuka bermula 31 Ogos hingga 7 September 2023.

Selain itu, turut dilancarkan pada majlis ini adalah Kad Takaful Kasih Plus Edisi Merdeka Agrobank.

Tengku Ahmad Badli berkata, kad istimewa ini menampilkan pelbagai pelan perlindungan kemalangan diri bersama manfaat kematian akibat kemalangan, perbelanjaan pengebumian, hilang upaya kekal, perbelanjaan perubatan dan elaun hospital.

"Dengan bayaran sumbangan takaful serendah 3 sen sehari, pelan perlindungan 24 jam seluruh dunia ini merangkumi kemalangan menyeluruh sehingga RM306,000," katanya.

Beliau memaklumkan, sehingga kini kira-kira 28,000 pelanggan telah melanggan takaful ini daripada pelbagai pakej yang ditawarkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-kelainan-kali-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2023 11:26 AM | Show all posts
Debaran penyampai komentar


NUR Nadhirah dan Aslam Hairi berganding bahu menyampaikan komentar persembahan udara semasa raptai sambutan Hari Kebangsaan 2023. FOTO BERNAMA

Putrajaya: Di sebalik deruan jet dan pesawat, suara penyampai komentar pertunjukan udara pada Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang bergema di Dataran Putrajaya pasti turut menggamatkan suasana.

Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Nur Nadhirah Nazri, 29, yang pertama kali diberi amanah menyumbangkan suara bagi menyampaikan komentar semasa pertunjukan itu berkongsi rasa bangga dan terharu dengan kepercayaan diberikan.

"Saya hanya berbekalkan pengalaman sebagai commentator pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (Lima 2023) lalu, saya tidak mendapatkan latihan formal sebelum ini, saya sahut cabaran (untuk menyampaikan komentar).

"... walaupun sedikit gemuruh kerana membawa nama TUDM, tetapi saya yakin dengan kebolehan dan kerjasama antara semua elemen (pihak) seperti elemen air dan ground yang memaklumkan waktu sasaran, itu membuatkan ia lebih mudah sebab kita boleh anggar masa untuk penyampaian komentar," katanya.

Bagi Kapten Aslam Hairi Abdul Rashid, 33, yang digandingkan dengan Nur Nadhirah, beliau berkata, penyampai komentar berperanan penting dalam menyampaikan komentar bertepatan dengan pertunjukan dan situasi semasa di lokasi.

"Harapan saya setiap apa maklumat dan komentar yang saya berikan selari dan diisi dengan fakta sepatutnya rakyat tahu, sebab mungkin rakyat kurang arif dengan aset dimiliki negara.

"Dengan pertunjukan udara ini dan penyampaian komentar pada masa sama, sekurang-kurangnya orang ramai yang hadir bukan sahaja teruja, malah memperoleh maklumat bermanfaat mengenai aset pertahanan negara," katanya yang berpengalaman menyampaikan komentar pertunjukan udara pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, pengacara Jovenea Jim Lajim yang berkecimpung dalam industri pengacaraan selama 10 tahun turut membuat kemunculan semula pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini selepas kali terakhir mengacarakan acara itu, tujuh tahun lalu.

Beliau yang terbang dari Kota Kinabalu, Sabah berbangga menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang gigih menjayakan sambutan hari bersejarah negara, dan menyifatkannya sebagai peluang keemasan untuk berkolaborasi dengan rakan pengacara di Semenanjung, sekali gus menyuntik semangat patriotik.

"Sambutan ini untuk kita terus menyemarakkan semangat kita memperingati dan menghargai tanah air, dan satu perkara yang penting ialah Hari Kebangsaan ini untuk kita semua, rakyat Semenanjung, Sabah dan Sarawak meraikan penyatuan ini," katanya yang turut digandingkan dengan pengacara Terrence Dass dan Syuhaida Ariffin.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos.

Ini kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya.

Sebelum ini, Putrajaya menjadi lokasi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Dianggarkan bilangan pengunjung menjangkau 100,000 orang dan persiapan menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 giat diatur pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan badan bukan kerajaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -penyampai-komentar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2023 11:28 AM | Show all posts
Enam peserta ekspedisi kemerdekaan tiba di tanah air


PESERTA QMEPWK66 yang berlepas dari London, 20 Jun lalu selamat tiba di tanah air, hari ini. FOTO Amiruddin Sahid

Bukit Kayu Hitam: Selepas merentasi 66 bandar dan melalui 16 negara yang meliputi perjalanan sejauh hampir 22,000 kilometer akhirnya peserta Quantum Metal Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66, London-Kuala Lumpur (QMEPWK66) yang berlepas dari London, 20 Jun lalu tiba di tanah air, hari ini.

Peserta yang terdiri Arep Kulal, Rosmadi Saad, Effendy Rashid, Mohd Farid Mohd Yusof, Yusyafizal Mohd Yusop dan Ahmad Fadali Baharudin tiba jam 12 tengah hari ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini, disambut pelbagai pihak termasuk wakil Jabatan Imigresen, Tourism Malaysia dan Persatuan Superbikers Malaysia (SAM).

Ekspedisi akan singgah di Pulau Pinang sebelum meneruskan perjalanan ke ibu negara bagi menyertai perarakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 di Putrajaya, pada Khamis ini.

QMEPWK66 membawa misi 'memupuk semangat perpaduan untuk memelihara kedaulatan negara' yang seterusnya memberi gambaran kepada dunia akan perpaduan rakyat Malaysia pelbagai kaum dalam menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk yang berjaya.

Program itu ibarat mengimbas kembali kenangan pada 1957, apabila Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membawa watikah pengisytiharan kemerdekaan Malaya dari London.

Sementara itu, Ketua Ekspedisi, Arep Kulal berkata, mereka bersyukur kerana akhirnya selamat kembali ke Malaysia selepas melalui pelbagai rintangan sepanjang perjalanan menaiki motosikal berkuasa tinggi.

"Cabaran yang dilalui amat sukar digambarkan apabila kami berhadapan dengan keadaan jalan raya, etika pemanduan dan cuaca yang berbeza sepanjang laluan yang kami lalui.

"Namun kami bersyukur, segala cabaran itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan ekspedisi demi merealisasikan impian merdeka," katanya ketika ditemui.

Pada sambutan itu, mereka turut diiringi 274 peserta termasuk penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada SAM yang menyertai Konvoi Kembara Merdeka 66 Malaysia Madani.

Timbalan Presiden SAM, Datuk Sulaiman Sami'aan berkata, aktiviti itu sebahagian daripada langkah untuk menyampaikan semangat cinta terhadap negara bagi mengingati perjuangan perit golongan terdahulu untuk mencapai kemerdekaan.

"Hari ini SAM menyambut ketibaan enam peserta QMEPWK66 yang menjayakan misi mereka dari London sebelum berakhir di Putrajaya, Alhamdulillah kesemua mereka selamat tiba dan kita mengatur beberapa aktiviti sampingan untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan tahun ini," katanya.

QMEPWK66 dianjurkan Global Bike Explorer Sdn Bhd, manakala Quantum Metal Sdn Bhd bertindak sebagai penaja utama manakala GB13, KMF Network serta Bullion Suceess Group adalah penaja bersama.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-tiba-di-tanah-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2023 12:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-9-2023 06:17 PM GMT+8 , Processed in 1.404705 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list