Kaki seorang wanita berusia 29 tahun terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes.
Menurut Muslihah, dia mengetahui tentang penyakit itu selepas dipanggil menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejurus menamatkan persekolahan.
Foto: Tiktok
"Mula-mula dapat panggilan PLKN. Lepas tu saya pergi buat pemeriksaan doktor. Sebelum check up PLKN, tak pernah tahu ada kencing manis.
"Jadi doktor tak sarankan saya pergi sebab dari segi pemakanan, ia tak ikut jam, lepas tu saya mungkin terlepas waktu makan ubat. Jadi doktor tak sarankan saya pergi.
"Doktor suruh mula dengan makan ubat dulu. Lepas tu kena cucuk insulin," ujarnya menerusi video tular di TikTok.
Selain faktor keturunan, Muslihah berkata dia percaya mendapat penyakit itu kerana gemar makan makanan tidak berkhasiat ketika zaman kecil.
"Mungkin terlalu banyak waktu sekolah dulu suka makan jajan. sejarah keturunan pun ada," ujarnya lagi yang dilihat duduk di atas kerusi roda sambil memakai kaki palsu.
Menerusi video itu, Muslihah turut meluahkan rasa gembira selepas dia menerima tajaan kaki palsu daripada badan amal PruBSN Prihatin.
Tambah Muslihah, dia pada awalnya tidak yakin untuk memakai kaki palsu, namun lama-kelamaan semakin selesa dan gembira dengan perubahan diri dan kehidupannya.
"Rasa mula-mula tu macam tak yakin tapi bila dah cuba lama-lama tu, ada la rasa. Terima kasih banyak-banyak sebab mengharap sangat, dapat rasa gembira.
"Dua tahun terduduk (sejak dipotong kaki) macam ni. Bila dapat jalan balik tu, tak terkata perasaan macam mana," ujar Muslihah lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen membahaskan isu diabetes dan saling berpesan agar masyarakat di luar sana mengawal pengambilan gula.
"Diabetes ni bukan semalam makan, hari ni kena. Tapi tabiat pemakanan seumur hidup sejak kita kecil.
"Kadang-kadang tak makan jajan dan minum air bergula pun kena juga diabetes. Selalunya saya tengok yang banyak makan kuih-kuih manis, nasi, roti. Banyak makan karbohidrat.
"Masa check up nak masuk PLKN dah ada kencing manis? Maknanya dari umur 18 lagi gula dalam darah dia dah tinggi.
"Rupanya ada yang lagi muda daripada mak saya. Mak saya umur 39 potong kaki," tulis beberapa netizen. -CARI
Post time 30-8-2023 01:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ramai je budak2 muda bawah 40 dah ade gout,kencing Manis,darah tinggi..anak buah suami aku ni berlumba2 penyakit ni..seram tgk tp parent dia org x marah pulak..pelik umur br 30 dah bengkak kaki,jln terhencut2 gout..ade yg blm 30 dah insulin..insulin awal2 X cpt mati puck ke
Post time 30-8-2023 02:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nampak tua kn..
betul sbb jajan ke..
i skrg setiap pg bfast ns lemak..tp i mkn tu ier..lunch xmkn..mlm pun xmkn dh..
brt i turun
air manis mmg xmnm sbb takut.i xsuka bila badan i rasa xsht sikit dh tkt sgt..sbb kt ofis i tu muda muda dh berpenyakit..
Post time 30-8-2023 02:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sbnrnya nk komen bnda lain...mari la kita cuba ellakkn diabetic ni..takut gak...mitk la dijauhkn dr sbrg penyakit..hidup i dh cukup sedih tanpa sbrg penyakit
Post time 30-8-2023 03:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 30-8-2023 02:42 PM
Sebab ko tak suka makan sayur.
Makan la sayur juga walaupun ko makan jajan, boba entah pebende sega ...
Betul...betul...betul...
Haritu tu aku masuk wad, nenek sblah katil aku tu ada penyakit kencing manis, suatu hari tu doktor tanya nenek tu makan apa hari tu...nenek tu cakaplah apa makanan yg dia mkn.
Doktor tanya balik, xmkn sayur??, nenek jwb dia xsuka mkn sayur...
Doktor tu pesan kat nenek tu, "lain kali makan sayur ye nek, apa saja yg nenek mkn, nenek kena mkn sayur, sayur blh turunkn paras gula dlm darah".
Nenek tu yekan aje tp smpai aku discharge masih nenek tu xnak mkn sayur, sayur dkuisnya k tepi pinggan.
Balik rumah aku cakap dgn mokcik aku pasal mkn sayur sbb mokcik aku pun kencing manis, diwhoareyouskn aje aku.
Post time 30-8-2023 03:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
AkokKocik replied at 30-8-2023 07:31 AM
Betul...betul...betul...
Haritu tu aku masuk wad, nenek sblah katil aku tu ada penyakit kencing m ...
Tak ramai suka sayur.
Aku la tukang perabih sayur kat rumah. Aku bukan jaga kesihatan sangat tapi aku rasa sayur tu la banyak selamatkan aku kasik kuat antibodi badan. Orang2 sekeliling aku punya la jaga kesihatan kunun tapi sebab tak gemor sayur, lebih gemor daging, sikit2 sakit, sikitt2 sakit, sejuk sikit selesema la batuk la etc. Nyampah aku.
Post time 30-8-2023 04:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
betul bab sayur ni. paling tidak pun potong2 campak lettuce, cucumber, apple hijau, capsicum and a bit of cranberries n almond. letak la apa2 dressing yg suka sikit. sedap pun sedap. i ni sayur i makan tp ulam sgt limited. ulam yg i makan hanyalah ulam raja n pucuk ape tah. so i makan pegaga serbuk buat air. buatla apa2 asal ada sayur masuk dlm badan