CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1304|Reply: 0

[Sabah] Bina rumah mampu milik berkualiti, berdaya tahan lama

[Copy link]
Post time 29-8-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-8-2023 08:04 AM



CAWANGAN BAHARU: Victor (tengah), Chong (tiga kanan) bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan selepas pelancaran itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan dicadangkan agar membina rumah mampu milik berkualiti demi menjamin suasana kehidupan penghuni yang lebih kondusif pada masa depan.

Pengarah Urusan dan Pengerusi Kumpulan Asteel Datuk Seri Victor Hii berkata, pihaknya akan mencadangkan perkara itu kepada kerajaan untuk dipertimbangkan dalam masa terdekat.

"Dengan bahan binaan yang berkualiti, kerajaan boleh memberikan jaminan sehingga 10 tahun bahawa rumah mampu milik berkenaan tidak mengalami kerosakan.

"Tiada gunanya bina rumah mampu milik sekiranya dalam tempoh tiga sehingga empat tahun, rumah berkenaan mengalami kerosakan seperti keretakan dan kebocoran.

"Keadaan ini memaksa penghuni mengeluarkan sejumlah wang untuk memperbaiki rumah itu nanti," katanya ketika merasmikan Pelancaran envio Concept Store di Wisma KKM, Likas hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap pelancaran cawangan terbaharu itu akan memberikan keselesaan kepada pelanggan untuk memilih dan menempah produk-produk yang diinginkan.

Katanya, sehingga kini envio Concept Store sudah mempunyai 12 cawangan dan sembilan kilang di seluruh negara.

"Antaranya termasuklah di Sibu, Bintulu, Mukah, Miri, Tawau, Lahad Datu, Kuala Lumpur dan di sini.

"Kami memberikan jaminan bahawa kedai dan kilang ini akan diperluaskan lagi di masa hadapan bagi memenuhi permintaan para pelanggan," katanya.

Menurutnya, rumah yang dibina menggunakan produk yang dikeluarkan syarikat itu dijamin mempunyai daya tahan berpanjangan berbanding penggunaan produk lain.

Sementara itu, Pengurus Besar Asteel Sabah Chong Kon Yu berkata, syarikat berkenaan mula bertapak di Sabah pada 2013.

"Antara produk ketika itu sehingga kini adalah produk bahan binaan, metal roofing, steel truss system, guardrail, electric fence, SPC flooring serta banyak lagi," katanya.

Menurutnya, pembukaan cawangan itu juga memudahkan para pelanggan untuk datang ke Likas bagi menempah bahan-bahan binaan berkaitan, berbanding sebelum ini perlu pergi ke kilang syarikat di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang jauh dan keadaan lalu lintas sesak.

Katanya, sempena dengan pembukaan cawangan ini, kempen cabutan bertuah turut diadakan.

"Pelanggan yang berbelanja di kedai ini minimum RM1,000 layak untuk mendapatkan satu tiket cabutan bertuah.

"Sekiranya pelanggan itu berbelanja RM5,000, maka dia layak mendapat tiket cabutan bertuah sebanyak lima keping. Hadiah utama kali ini adalah Perodua Bezza.
"Kempen ini terbuka di semua cawangan di seluruh Malaysia dan akan tamat pada hujung September depan," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.335835 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list