CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 0

[Sabah] Anggota polis bantuan LTAKK maut dengan kesan tembakan di kepala

[Copy link]
Post time 29-8-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Pasukan polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke HQE.

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis bantuan ditemukan maut dengan kesan satu das tembakan di bahagian kepala di ruang rehat di dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini pagi tadi.

Menurut sumber mangsa lelaki berumur 42 tahun itu ditemukan rakan sekerjanya dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 9.30 pagi dan pada ketika itu mangsa masih bernyawa.

Katanya sepasukan polis kemudian bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat mengenai kejadian.

“Kira-kira jam 10 pagi kemudian, pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Difahamkan juga, mangsa ditemukan terlantar di kerusi rehat dengan pendarahan di bahagian kepala,” katanya.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu serta Unit Forensik IPK Sabah turut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kejadian berkenaan.
"Mangsa dibawa ke Unit Forensik HQE I untuk tindakan lanjut.

"Kes mengenai kejadian itu masih dalam siasatan polis," katanya.

Turut hadir di lokasi kejadian ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) IPK Sabah, Superintendan Alhusin Halil.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050549 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list