View: 13048|Reply: 11
|
Michelle Yeoh Balik Kampung Ipoh, Lepas Geram Nak Makan! Suami Tak Ikut?
[Copy link]
|
|
Tan Sri Michelle Yeoh, 60, pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak dan meluangkan masa bersama keluarganya selepas sibuk dengan kerjaya lakonan sejak awal tahun lalu.
Bintang Hollywood dan Asia itu dalam hantarannya di Instagram kelihatan seperti 'melepas geram' untuk menikmati makanan tempatan yang dirindui selain bertemu sanak-saudaranya termasuk ibu, Datin Janet Yeoh.
 Foto: IG
"Ipoh. Sayang ibu dan semestinya dia memberi saya makan. Dan juga adik-beradik saya," katanya.
Pada hujung Julai lalu, Michelle akhirnya sah berkahwin dengan pasangannya, Jean Todt, 77, di Geneva, Switzerland selepas lebih 20 tahun bersama.
Namun, suaminya tidak kelihatan ada bersamanya di Ipoh ketika ini.
Pelakon Asia pertama mencipta sejarah menang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 itu dan Todt mengikat tali pertunangan pada 26 Julai 2004.
Bagaimanapun, Janet mengaku tidak dimaklumkan mengenai majlis perkahwinan itu. Namun, dia menganggapnya sebagai kejutan yang dinanti-nantikan ramai termasuk dirinya kerana tahu betapa Todt cintakan Michelle. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena la balik pujuk mak kenduri haritu tak jemput mak |
|
|
|
|
|
|
|
Ayoooo .. Awat tok Michelle kawen tak bagitau mak? |
|
|
|
|
|
|
|
lawa n besarnya rumah family dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Kuih hijau lumut atas tu mcm lapisan kelapa tu kuih apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik kan kawen tak jemput mak sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 28-8-2023 09:01 PM
Kuih hijau lumut atas tu mcm lapisan kelapa tu kuih apa?
Tepung talam kan chuolls |
|
|
|
|
|
|
|
dia ngn mak dia mcm kawan² je Mak dia nmpk muda |
|
|
|
|
|
|
|
serabut pulak nampak rumahnya |
|
|
|
|
|
|
|
lama kali ni dia kt msia
mgu lps ke 2 mgu lps dia ada program kt kl
jd duta kesihatan or something
ada masuk berita
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuih Talam atau setengah panggil Kuih Talam Pandan. Chinese memang pro bab kuih tu, atas tu santan berlemak masin2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin sebab kat Hollywood strike masih berjalan, so takde shooting, takde new movie release, takde press junket etc. So dia dapat cuti lama la kot.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|