CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1636|Reply: 0

Khairul Aming Reject Tawaran Program TV "Menyanyi Dan Berlakon Semestinya Tidak"

[Copy link]
Post time 28-8-2023 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Khairul Aming memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk mencuba nasib menyertai mana-mana program televisyen dan menggunakan platform media sosial adalah cara untuk dia terus menghargai peminat yang daripada awal lagi telah memberikan sokongan sehingga dia menjadi terkenal.


"Banyak tawaran yang saya terima, tapi saya terpaksa tolak. Saya bermula secara online.


Foto: IG




"Saya tak mahu lari bidang daripada mana saya mula sebab di sinilah pengikut menyokong saya. Kalau ada masa mungkin saya akan cuba masuk TV di masa akan datang.


"Namun menyanyi dan berlakon semestinya tidak. Mungkin hanya program di bulan Ramadan," katanya kepada mStar.


Menjadi pilihan ramai sejak awal pencalonan, Aming menepati ramalan apabila membawa pulang trofi Creator of the Year berdasarkan undian peminat.


  



Terharu menerima kepercayaan daripada peminat, Aming juga berharap anugerah tersebut dapat memberi inspirasi buat anak muda agar lebih berani menceburi bidang sepertinya sebagai seorang content creator.


"Sudah lapan tahun saya bergelar content creator, akhirnya ada anugerah yang mengiktiraf kerjaya sebegini. Saya bermula dari bawah dan syukur sekarang sudah ada studio serta kilang sendiri.


"Ramai ibu-ibu yang minta saya nasihat apabila anak mereka mahu jadi content creator. Bagi saya penting untuk mereka tamatkan pelajaran terlebih dahulu.


  



"Tak salah mereka nak menceburi bidang ini lebih awal, namun saya risau mereka tidak dapat melihat realiti yang sebenar," ujarnya.


Dalam pada itu, Aming berkata anugerah ini juga satu peringatan buat dirinya supaya sentiasa menjaga setiap kandungan kerana ia boleh memberi kesan kepada pengikut di media sosial.


  



"Saya juga manusia biasa dan ada ketika akan buat silap juga. Namun saya tidak boleh ambil mudah kerana setiap apa yang diperkatakan dan tindakan akan menjadi ikutan," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.051805 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list