CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2607|Reply: 3

"Hari-Hari Ada Air Kencing Depan Pintu,"- Wanita Disihir Lepas Jiran Sentap Ditegur Parkir Kereta Depan Rumah

[Copy link]
Post time 28-8-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Seorang perawat di Pusat Rawatan Islam Ar Syifa Al Mustakim, iaitu Ustaz Zamri berkongsi kisah tentang seorang pesakit wanita yang didakwa telah disihir oleh jirannya sendiri.


Kata Zamri, wanita itu telah disihir oleh jirannya yang kerap meletakkan kereta di hadapan rumahnya sampai mengganggu urusan harian.


“Negeri Sembilan, jiran berhati iblis. Jiran sebelah kerap sangat parking betul-betul depan pagar rumah sampai kereta sendiri nak keluar pun tak boleh.”


“Ada satu hari tu dia cakap dengan jiran. Cakap elok-elok kot supaya jangan parking depan pagar. Kalau parking tepi pagar tak apa.”


Gambar Hiasan




Tambah Zamri, jiran wanita itu bukan sahaja jadi bengang, dia siap maki hamun dengan kata-kata kesat kepada wanita itu. Sejak dari situ, wanita itu mula sedar bahawa ada banyak perkara aneh berlaku kepada dirinya.


“Merah menyala muka jiran tu dan dia jawab dengan nada tinggi. Dia kata kau pun sewa je. Sebelum mangsa duduk sini. itu memang tempat dia parking. Kena faham dia banyak kereta.”


“Lepas sound jiran sebelah, hari-hari ada air kencing disimbah atas lantai depan pintu. Sesekali sup bunjut depan pagar.”







Waktu wanita itu sedang dirawat dapat dilihat menerusi satu rakaman video yang dikongsikan oleh Ustaz Zamri di TikTok miliknya. Video tersebut memperlihatkan Zamri sedang memegang kepala mangsa serta leher.


Mangsa juga dilihat sedang menahan sakit sambil terbatuk-batuk mahu memuntahkan sesuatu.


Di ruangan komen, rata-rata netizen kesian dengan nasib wanita ini, ada juga yang marah dengan jiran serta kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 12:38 PM | Show all posts
duk condo la bagus. semua iran buat hal masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 01:48 PM | Show all posts
Cuba orang lain parking depan rumah dia, dia paham ke tidak masalah orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape2 tolong hantar sihir kat bangkem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.052351 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list