View: 2960|Reply: 0
|
Pemain Sevilla memberi penghormatan kepada Jenni
[Copy link]
|
|
BAJU-T yang dipakai pemain Sevilla sebagai tanda sokongan kepada Jenni. -FOTO AFP
Barcelona: Pemain Sevilla memberi penghormatan kepada bintang bola sepak wanita Sepanyol, Jenni Hermoso dan juga kepada pemain bola sepak wanita terkemuka negara yang lain sebelum mereka tewas 1-2 kepada Girona dalam perlawanan La Liga semalam.
Jenni, 33, dicium secara paksa di bibir oleh ketua persekutuan bola sepak Sepanyol, Luis Rubiales ketika acara menyarungkan pingat pada perlawanan akhir Piala Dunia Wanita Ahad lalu.
Badan induk bola sepak dunia Fifa kemudiannya menggantung Rubiales semalam, manakala pada hari Jumaat seramai 81 pemain Sepanyol termasuk Jenni berkata mereka tidak akan bermain untuk pasukan kebangsaan wanita jika "kepimpinan" semasa dikekalkan.
Pemain Sevilla memakai baju-t ketika sesi memanaskan badan dengan dengan frasa "It's Over" di hadapan dalam bahasa Sepanyol yang digunakan oleh beberapa pemain wanita Sepanyol dan Jenni sendiri pada hari Jumaat di media sosial yang merujuk kepada pemerintahan Rubiales di Sepanyol .
Wira penjaring gol Piala Dunia La Roja, Olga Carmona menyaksikan perlawanan di stadium Ramon Sanchez-Pizjuan Sevilla, kurang seminggu selepas dia menjaringkan gol kemenangan menentang England di Sydney, hanya mengetahuinya bapanya meninggal dunia selepas perlawanan.
Pemenang Liga Europa kendalian Jose Luis Mendilibar kini sudahpun tewas tiga perlawanan pembukaan mereka dalam permulaan suram untuk La Liga, di mana mereka berada di tangga tercorot.
Terdahulu, pemain Cadiz tampil untuk seri 1-1 menentang Almeria dengan sepanduk bertulis "We are all Jenni."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rmatan-kepada-jenni |
|
|
|
|
|
|
| |
|