CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2318|Reply: 0

[Selangor] Encik Bunny hibur penunggang motosikal

[Copy link]
Post time 26-8-2023 01:40 PM | Show all posts |Read mode

BUNNY selesa memakai topi keledar arbab ketika di khalayak ramai.FOTO Ihsan Encik Bunny

Petaling Jaya: Bagi menghiburkan dan menghilangkan tekanan pengguna di jalan raya, pemuda dikenali Encik Bunny menggunakan topi keledar arnab ketika menunggang motosikal.

Lantaran penampilannya itu, pemuda mesra disapa Bunny, 28, menarik perhatian ramai dan aksinya di jalanan itu dapat dilihat menerusi perkongsian video di TikTok.

Menurut Bunny, dia sengaja mencipta karakter berkenaan kerana mahu mencari kelainan ketika menghabiskan masa dengan hobinya iaitu menunggang motosikal di atas jalan raya.

"Sebelum ini, saya pernah bekerja sebagai pelakon seram di sebuah taman tema di Subang Jaya.

"Jadi, sudah jadi rutin saya menghiburkan orang namun kini bekerja sendiri maka skop kerja sudah berbeza.

"Bagaimanapun, keinginan menghiburkan orang masih ada dan kerana itu saya gunakan topi keledar berbentuk kepala arnab atau 'bunny' ketika menunggang motosikal.

"Saya pilih 'bunny' kerana nampak comel jadi dan suka perwatakannya dengan harapan orang yang melihatnya pun terhibur," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



BUNNY menarik perhatian pengguna jalan raya kerana menunggang motosikal dengan memakai topi keledar arnab. FOTO Ihsan Encik Bunny

Menurut Bunny, dia selesa dengan penampilan begitu dan mengakui karakter dibawanya itu membuatkan orang senang sekali gus memberi peluang untuknya mendekati pelbagai golongan masyarakat.

"Tak dinafikan, penampilan saya itu membuatkan saya menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai.

"Bukan hanya kanak kanak malah orang dewasa juga seronok dengan kehadiran saya setiap kali berada di luar.

"Itu yang saya mahu kerana saya periang, mesra, senang bergaul dan tak suka sedih jadi sudah tentu saya pun nak menggembirakan orang sekeliling. Lain orang, lain caranya dan ini pendekatan saya untuk hiburkan orang," katanya.

Berhubung perkongsian di TikTok, Bunny berkata, niatnya memuat naik video adalah untuk berkongsi juga rutinnya dengan pengikut di platform berkenaan selain ilmu mengenai motosikal.

"Kalau boleh, saya bukan nak pengguna atas jalan raya saja dapat melihat dan gembira tetapi juga mahu menggembirakan pengikut di TikTok.

"Syukur, ramai yang suka dan beri komen positif. Kalau boleh, saya mahu ketengahkan serta menaikkan lagi identiti 'Bunny' dari Malaysia.

"Pada masa sama, saya mahu gunakan pengaruh yang ada di laman sosial untuk membantu golongan seperti gelandangan, anak yatim, fakir miskin dan yang memerlukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enunggang-motosikal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.042798 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list