CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2060|Reply: 0

Pekerja Boleh Dipecat Jika Hina Majikan, Rakan Sekerja Di Kumpulan Whatsapp

[Copy link]
Post time 25-8-2023 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Erfurt, Jerman: Mahkamah Jerman dalam keputusan pertama seumpamanya memutuskan bahawa seorang pekerja boleh dipecat jika menghina majikan atau rakan sekerja mereka dalam kumpulan WhatsApp peribadi.


Hakim memutuskan bahawa walaupun ahli kumpulan mungkin berkongsi komen mereka secara sulit, tetapi apabila menyentuh mengenai kenyataan menghina atau berbaur perkauman, kerahsiaan hanya terpakai dalam kes luar biasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Khamis.






Jika kata-kata penghinaan itu diketahui umum, pekerja boleh dipecat, menurut keputusan Mahkamah Buruh Jerman selepas menimbang kes kumpulan WhatsApp di syarikat penerbangan TUIfly.


Kes itu membabitkan sekumpulan rakan dan dua saudara lelaki yang bekerja di TUIfly yang berkongsi "penghinaan jelas", yang belum sedia dikongsi semula oleh pegawai.


Tujuh rakan sekerja syarikat penerbangan itu bertukar-tukar mesej WhatsApp selama beberapa tahun, menghina satu sama lain dan mereka yang bukan sebahagian daripada kumpulan sembang itu.


Mereka berkongsi kenyataan menghina, berbaur perkauman, tidak berperikemanusiaan dan seksis serta menggalakkan keganasan, dengan ugutan untuk "menumbuk muka orang".


Sebahagian daripada sejarah sembang mereka telah disalin dan dihantar kepada majlis kerja dan pengurus kakitangan yang akhirnya menyebabkan mereka dipecat.


Mahkamah buruh sedang menimbang keputusan mahkamah rendah itu yang mendapati ahli kumpulan tersebut mempercayai bahawa sesi sembang mereka sah dan rahsia.


Mahkamah mendapati kumpulan sembang, sama ada merupakan komunikasi yang dilindungi dan sulit, bergantung kepada jenis mesej dan saiz serta komposisi kumpulan itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 1.101288 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list