CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3224|Reply: 0

[Melaka] 'Jangan main isu 3R ketika PRK Pulai, Simpang Jeram'

[Copy link]
Post time 24-8-2023 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini. - Foto NSTP/Nuraliawati Sabri

MELAKA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan

Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Katanya, meskipun pernah memaklumkan hal itu sebelum ini, pihaknya sekali lagi mengingatkan kerana tidak mahu isu berkenaan terus dimainkan.

Beliau berkata, berdasarkan kematangan yang ditunjukkan rakyat Johor, khususnya penyokong parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, pihaknya yakin isu ini tidak akan ditimbulkan.



"Saya rasa bangsa Johor lagi matang dalam menghadapi PRK Pulai dan Simpang Renggam. Kalau kita tengok dalam PRN lepas pada penamaan calon memang tiada kes.

"Saya ingatkan juga supaya tiada lagi isu sensitif iaitu isu 3R dimainkan kerana kita pun tidak mahu membuka kertas siasatan atas isu-isu sebegini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam, di Balai Istiadat Seri Negeri di sini, hari ini.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah sepenuhnya bersiap sedia bagi menghadapi kedua-dua PRK berkenaan.

"Saya yakin Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dan juga anggotanya sudah pun bersiap siaga. Saya akan turun hari ini untuk mendengar taklimat sahaja berkaitan persiapan yang dibuat," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tangkapan seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis yang disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Seremban, awal pagi Sabtu, beliau berkata, kesemua mereka sudah ditahan kerja.

"Walaupun mereka belum lagi dituduh di mahkamah tetapi tindakan untuk menahan kerja sudah diambil awal lagi kerana sebagai pegawai dan anggota polis sepatutnya menjaga disiplin dengan tidak menyalah guna kuasa selain tidak terbabit dengan rasuah," katanya.

Terdahulu, pada istiadat berkenaan, Razarudin menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri, disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
https://www.bharian.com.my/berit ... pulai-simpang-jeram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.058839 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list