CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2760|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Gantung lesen jika pengeluar, pemborong, peruncit gagal patuh Akta 522

[Copy link]
Post time 24-8-2023 05:25 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pengeluar, pemborong dan peruncit akan berdepan tindakan lesen digantung sekiranya gagal atau tidak mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu harga dan bekalan benih padi sah di dalam pasaran.

"Bekalan benih padi sah hanya dikeluarkan pengeluar benih padi sah yang dilantik kerajaan.

"Ia mempunyai mekanisma kawalan ke atas pengeluaran dan pemasaran benih padi sah yang termaktub dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Bilangan 1/2021, Kawalan Kerajaan Ke Atas Pengeluaran Dan Pemasaran Benih berkuatkuasa 11 November 2021," katanya.



Kenyataan itu berkata, pengeluar atau pemborong perlu memastikan penjualan benih padi sah tidak melebihi daripada kuota yang diberikan.

"Selain itu, harga yang dijual kepada peruncit tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan iaitu RM31 bagi setiap kampit 20 kilogram jualan benih di pintu kilang, manakala harga maksimum RM32 per kampit 20 kilogram termasuk pengangkutan.

"Bagi jualan benih padi sah pada peringkat runcit kepada pesawah hendaklah dijual tidak melebihi harga maksimum iaitu RM35 per kampit 20 kilogram," katanya.

Katanya, kegagalan untuk melaksanakan arahan berkenaan dan mematuhi akta itu, membolehkan KPKM melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak membatalkan atau menggantung setiap lesen yang sudah dikeluarkan.

Sebarang maklumat atau aduan berhubung isu berbangkit mengenai harga dan juga bekalan benih padi sah di pasaran, boleh kemukakan aduan secara rasmi bersama butiran dan maklumat lengkap melalui portal aduan di laman sesawang https://skpb.kpkm.gov.my/adu atau e-mel rasmi ([email protected]) dan hotline Ibu Pejabat KPB Putrajaya di talian 03-88701751/1748/1183

https://www.bharian.com.my/berit ... agal-patuh-akta-522
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.075217 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list