CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3030|Reply: 14

Abang Axia Tak Gelabah Kahwin Lain Walaupun 6 Tahun Kahwin Tiada Anak! Akhirnya Dapat Bayi Kembar Dan Berjaya Lulus Master

[Copy link]
Post time 24-8-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Dah berkenalan sejak di bangku sekolah iaitu selama 17 tahun sehinggalah mereka bergelar suami isteri.


Perjalanan kehidupan rumah tangga mereka bukan mudah kerana kedua-duanya perlu menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) disebabkan tuntutan kerja.


Perkongsian video oleh si suami yang menceritakan mengenai dirinya dan isteri belum dikurniakan zuriat untuk tempoh enam tahun tular di media sosial.








Inspektor Mohd Ruzaimi Adam, 33, mengakui dia dan isteri lama hidup berdua selepas bernikah pada 2016.


Dia yang mengenali isterinya ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Belara di Manir, Kuala Terengganu, Terengganu pada 2006 bagaimanapun menganggapnya sebagai cabaran rumah tangga mereka.


“Video yang saya kongsikan itu untuk menceritakan tentang perjalanan hidup kami suami isteri yang belum ada anak lagi masa tu. Masa mula-mula kahwin pun beli kereta Axia je.


“Walaupun belum dikurniakan zuriat, kita jangan putus asa. Jangan ambil jalan singkat untuk kahwin lain kerana anak adalah rezeki daripada Allah, Dia yang menentukan pada bila-bila masa,” katanya kepada mStar.







Ruzaimi tidak mahu mensia-siakan masanya lantas membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Penguatkuasaan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.


“Tentu sedih apabila kami masih belum dikurniakan zuriat selepas bertahun-tahun kahwin. Ada saudara-mara yang baru kahwin pun ada yang hamil dan dapat anak.


“Memang mencabar juga terutama setiap kali nak balik kampung beraya, saudara-mara tanya bila lagi, bila lagi. Tapi kami anggap masih belum ada rezeki.


“Saya pula menggembirakan diri dengan cara sambung Master, fokus pada belajar dan keluarga. Itu adalah keutamaan saya ketika itu,” ujarnya yang berasal dari Kuala Terengganu.


Mengulas lanjut, Ruzaimi dan isteri pergi berjumpa dengan pakar dan mendapati isterinya mengalami masalah cyst atau jangkitan pada ovari yang menyukarkan kehamilan.


Dia yang menetap di Kuala Lumpur berkata, isterinya yang bertugas sebagai guru kemudian menjalani rawatan dan pembedahan sekitar September 2021.


“Alhamdulillah selepas enam tahun menanti, isteri saya disahkan hamil pada Disember 2021 dan bersalin pada Julai 2022. Bulan keenam, scan kandungan tengok baby kembar.


“Syukur rezeki berganda, dapat dua anak sekali gus,” katanya yang turut mengusahakan homestay di Port Dickson, Negeri Sembilan.


Ruzaimi sekali lagi diuji apabila isterinya yang hamil sering keluar masuk hospital waktu itu dan dia pula sibuk untuk menduduki peperiksaan semester akhir.


“Isteri masuk hospital kerana alahan. Dan masa hari exam tu, isteri masuk hospital, saya hantarkan dan syukur pensyarah beri pelepasan dalam tempoh tiga hari exam secara online.


“Syukur Alhamdulillah juga saya dapat sokongan daripada rakan-rakan satu team yang juga buat PJJ (pengajian jarak jauh). Apa pun, saya utamakan keluarga,” katanya yang kini berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana.


Untuk rekod, kisah Ruzaimi pernah disiarkan di mStar pada Januari 2021 mengenai isterinya (ketika itu kekasih) menerima dirinya seadanya yang bekerja sebagai tukang isi minyak di stesen minyak, tukang rumah dan kerani di Bukit Aman, Kuala Lumpur dengan motosikal buruk sebelum bergelar inspektor.


Dalam pada itu, Ruzaimi turut menitipkan pesanan kepada kaum suami yang mengalami nasib sama dengannya menantikan zuriat agar tidak mudah berputus asa.


“Kepada suami-suami lain yang tak minat belajar, buatlah apa anda suka. Macam buat bisnes cari peluang ilmu bisnes. Saya pula mahu upgrade diri saya dengan sambung belajar.


“Fokus dengan apa yang kita minat dan utamakan isteri serta keluarga yang selama ini menyokong anda. Saya percaya anda tidak akan terfikir untuk berkahwin lain,” katanya sambil menambah kereta Axia yang dibelinya kini menjadi kegunaan harian ibu dan adiknya di kampung. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2
Terus istiqaman ye bam
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala mmg nak ganti cikki lain hat abg tesla tu…lagi nak bg alasan anak
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dpt twins.. kembaq seiras ka tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 01:54 PM | Show all posts
setepek dia bagi.

btw sekali Axia selamanya Axia ka?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab
- bawak axia
- xde yg aim

Klu bawak telsa ada la yg aim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2023 02:41 PM | Show all posts
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan sembang beriya sangat ye
Kang makan diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2023 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan setakat ni yg setia pierce brosnan. Ensem, kaya tpi tetap setia dgn bini dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka abang ni muka polis
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 24-8-2023 02:46 PM
Jangan sembang beriya sangat ye
Kang makan diri

Kan.. better diam je
Nnt org korek balik
Hai saya dtg dr masa depan katanyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 08:33 AM | Show all posts
Abang Axia pula
tadi Abang Tesla
dulu dulu ada Abang Lori
nanti ada Abang MyVi King, Abang Bezza, Abang Ford Raptor..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 11:03 AM | Show all posts
"menjalani rawatan dan pembedahan sekitar September 2021.

“Alhamdulillah selepas enam tahun menanti, isteri saya disahkan hamil pada Disember 2021 dan bersalin pada Julai 2022"

mcm laju sgt abg ni sbb bini baru operate ms tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 11:04 AM | Show all posts
Simunggu replied at 25-8-2023 08:33 AM
Abang Axia pula
tadi Abang Tesla
dulu dulu ada Abang Lori

belum lg Abg Pilot plk nk share
haaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 11:06 AM | Show all posts
dah banyak pasangan lambat dpt anak...bukan mandul, tetapi ada masalah kesihatan

apa puncanya? mungkin doc @ipes boleh bagi sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.125586 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list