CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1076|Reply: 0

[Perak] Lebih 5,000kg gula disita KPDN di Batu Kura

[Copy link]
Post time 23-8-2023 01:09 PM | Show all posts |Read mode

Anggota KPDN bersama gula yang disita di sebuah premis di Taman Kurau Mutiara, Batu Kurau semalam.

TAIPING – Sebanyak 5,414 kilogram (kg) gula disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dalam satu serbuan yang dilakukan terhadap sebuah premis perniagaan di Taman Kurau Mutiara, Batu Kurau di sini kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan tersebut telah dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping.

Katanya, hasil serbuan mendapati peniaga berkenaan sedang menjalankan urus niaga barang kawalan iaitu gula dan minyak masak.

“Pemeriksaan lanjut mendapati peniaga gagal mengemukakan sebarang lesen atau kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia berkaitan urus niaga barang kawalan apabila diminta.

“Sehubungan itu, pasukan pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping telah mengambil tindakan menyita sejumlah 5,414kg gula, 343kg minyak masak polibeg 1kg serta minyak masak sawit tulen dibotolkan 2kg dan 5kg di premis terbabit dengan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM18,618.55,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamalludin berkata, kes itu akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sekiranya disabitkan bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi perseorangan.

“Bagi pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan yang kedua didenda tidak melebihi RM5 juta.

“KPDN memandang serius dan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana orang yang menjalankan urusniaga atau apa-apa aktiviti berkaitan barang kawalan tanpa terlebih dahulu mempunyai lesen atau kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan Malaysia,” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut turut dijalankan ke atas syarikat pembekal bekalan gula dan minyak masak berkenaan dan tindakan penguatkuasaan akan dikenakan ke atas pembekal kerana disyaki melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jelasnya, pelanggaran peraturan berkenaan ialah menjual barang kawalan kepada orang atau pihak yang yang tidak mempunyai lesen, surat kuasa atau kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan Malaysia. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... kpdn-di-batu-kurau/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:40 PM GMT+8 , Processed in 1.283854 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list