CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1024|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sindiket jadikan kereta sebagai transit, syabu bernilai RM520,000 dirampas

[Copy link]
Post time 23-8-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

Syabu yang dirampas dalam tiga serbuan di sekitar Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Tiga warga Thailand termasuk seorang lelaki tempatan ditahan selepas menjalankan sindiket dadah jenis syabu dalam tiga serbuan di sekitar ibu negara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (JSJN IPK KL) itu bermula pada pukul 7 malam hingga 9.15 malam.

Katanya, serbuan pertama berjaya menahan seorang lelaki tempatan serta seorang lelaki dan wanita warga Thailand di tepi jalan Taman Pertama, Cheras, di sini.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 23 hingga 30 tahun manakala ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif methamphetamin, ketamin dan ganja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan tangkapan tersebut, Allaudeen memaklumkan pihak terus melakukan rampasan 15 bungkusan syabu yang berada di dalam sebuah kereta jenis Nissan Sentra bernilai RM520,000 di tempat letak kereta Solaris Dutamas, di sini.

“Seterusnya, serbuan terhadap suspek utama dilakukan membabitkan seorang wanita warga Thailand berusia 30 tahun di lobi sebuah Residensi di Taman Kobena, Cheras, di sini,” ujar beliau.

Jelas Allaudeen, sindiket pengedaran dadah ini dikesan bergerak aktif sejak dua bulan lalu dengan menjadikan kereta sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diserahkan kepada pembeli.

Tambah beliau, lelaki dan wanita warga Thailand yang ditahan merupakan suami isteri bekerja di sebuah kedai tom yam manakala lelaki tempatan yang ditahan bekerja di sebuah ladang kuda di Selangor.

“Kami masih menyiasat punca bekalan syabu tersebut diperolehi.

“Semua suspek direman selama tujuh hari sehingga esok di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujar beliau.

Tegas Allaudeen, jumlah keseluruhan rampasan dadah tersebut mampu menampung penggunaan seramai 30,000 orang pengguna dadah.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya warga kota terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis supaya kegiatan jenayah dan dadah di ibu kita dapat diambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan Kuala Lumpur sebuah bandaraya yang selamat. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... -rm520000-dirampas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.317037 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list