CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1559|Reply: 1

Pelepasan sisa air nuklear Fukushima bermula Khamis

[Copy link]
Post time 22-8-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode

PEMANDANGAN udara menunjukkan tangki simpanan untuk rawatan air, di stesen jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas akibat tsunami, di bandar Okuma, Fukushima. FOTO Kyodo/ Reuters

Tokyo: Pelepasan sisa air penyejuk terawat daripada runtuhan loji nuklear Fukushima ke laut akan bermula pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida membuat pengumuman itu pada Selasa selepas bertemu dengan menteri Kabinet yang berkaitan.

Kishida berkata, pelepasan air ke Lautan Pasifik adalah satu perkara yang "tidak boleh ditangguhkan."

Menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, pelepasan sisa air berkenaan tidak mendatangkan bahaya kepada manusia, atau alam sekitar, bagaimanapun, nelayan tempatan dan negara jiran seperti China menentang rancangan Jepun.

Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi mengalami leburan teras pada 2011 akibat kejadian gempa bumi dan tsunami.



Reaktor, walaupun ditutup, masih perlu disejukkan dengan menggunakan air yang disimpan di dalam tangki.

Oleh kerana tiada lagi ruang penyimpanan air yang berbaki, air sepatutnya disalurkan ke lautan melalui terowong sepanjang satu kilometer.
Ia akan ditapis dan dicairkan dengan air laut terlebih dahulu.

Pelupusan 1.3 juta tan air itu dijangka mengambil masa 30 tahun.


Disiarkan pada: Ogos 22, 2023 @ 12:42pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 03:44 PM | Show all posts
they destroy the sea marine life. damnnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047795 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list