CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1530|Reply: 1

Rumah berbumbung merah tak terbakar

[Copy link]
Post time 22-8-2023 03:05 PM | Show all posts |Read mode

RUMAH berbumbung merah di bandar Lahaina, yang terselamat daripada kebakaran itu. FOTO AFP

Honolulu: Tular gambar di laman sosial menunjukkan 'keajaiban' apabila sebuah rumah tidak terjejas walaupun kawasan kejiranan di sekelilingnya musnah akibat kebakaran di Maui dekat Hawaii, Amerika Syarikat (AS).

BBC melaporkan, rumah kayu berusia 100 tahun di Front Street itu masih utuh berdiri biarpun bandar Lahaina musnah, hingga pemiliknya sendiri hairan bagaimana ia boleh berlaku.

Difahamkan, pemilik rumah berbumbung merah itu dalam perjalanan ke Massachusetts ketika mendapat tahu berita kebakaran itu.

Lelaki dikenali sebagai Milikan dan isterinya itu juga menyangka keseluruhan kawasan kejiranan musnah dalam kebakaran.

Ajaibnya, rakaman udara keesokan hari menunjukkan rumah mereka masih utuh.



Berdasarkan laporan BBC, pasangan itu membeli kediaman berusia 100 tahun itu yang pernah menjadi penempatan kakitangan sebuah ladang gula.

Menurut pasangan berkenaan, rumah itu rosak, jadi mereka berusaha untuk membaik pulihnya.

Mereka memberitahu media tempatan yang pengubahsuaian dilakukan menyelamatkan rumah berkenaan.

Antara inisiatif dilakukan adalah menukar bumbung asfalt dengan bahan diperbuat daripada sejenis logam, meletakkan batu sungai di sekeliling rumah dan membuang tumbuhan di sekitar kediaman itu.

Bagaimanapun, tiada satu pun daripada tindakan itu bertujuan untuk menghalang kebakaran.

Menurut laporan media, kira-kira 850 individu masih hilang.

Kebakaran itu memusnahkan sebahagian besar bandar Maui yang bersejarah iaitu Lahaina dan dianggap sebagai bencana alam terburuk dalam sejarah Hawaii.


Disiarkan pada: Ogos 22, 2023 @ 2:51pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 03:45 PM | Show all posts
rumah yg dilindungi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.232102 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list