CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3748|Reply: 12

“I pun you tak boleh nak handle!”- Anzalna Nasir ingatkan suami usah sibuk ada dua isteri

[Copy link]
Post time 22-8-2023 08:19 AM | Show all posts |Read mode
“I pun you tak boleh nak handle!”- Anzalna Nasir ingatkan suami usah sibuk ada dua isteri


Sehari dua ini, isu mengenai poligami kembali panas di media sosial selepas seorang influencer yang cukup sinonim dengan konten kereta, Abang Tesla kerana memaklumkan dirinya kahwin lagi selepas melihat video isteri pertamanya menangis dalam dakapan selepas solat Subuh.

Isu ini bukan sahaja menyentuh hati warganet, bahkan pelbagai pihak termasuk para selebriti seperti pelakon jelita, Anzalna Nasir menerusi beberapa hantaran dibuat di laman Instagram.

Kalau sayang…cukuplah jaga hati dan perasaan isteri
Pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir berkata, sekiranya seorang suami menyayangi isterinya, mereka haruslah menjaga hati dan perasaan seorang wanita, tetapi bukan dengan cara berkahwin lagi.

Anzalna meluahkan pandangannya dengan memuat naik video parodi “30 minit sebelum kejadian tidak diingini berlaku” yang sama dengan situasi isu tular baru-baru ini.

Jelas aktres berusia 35 tahun, seorang isteri memang benar nampak redha menerima ketentuan bahawa suami mereka berkahwin seorang lagi, tetapi ia hanya boleh dilihat secara luaran.

“Hidup ni tak perlu mengharapkan lelaki! Berpoligami? Kadang perempuan nampak macam redha tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tau. Kalau sayang isteri, cukuplah jaga hati dan perasaan, bukan dengan mengahwini perempuan lain.
“Perempuan kalau dah sayang, sanggup buat apa sahaja untuk yang tercinta. Balaslah yang sama, hargai isteri kerana banyak pengorbanan yang kami dah lakukan. Awas Hanif Zaki (suami),”coret Anzalna.

Ingat balik perbelanjaan kahwin dulu, sampai viral
Dalam hantaran seterusnya, Anzalna dalam nada seloroh tapi penuh bermaksud berharap agar suaminya, Hanif Zaki ingat semua jumlah perbelanjaan perkahwinan mereka sebelum ini.

Tambah Anzalna, dia juga berharap agar suaminya mematikan hasrat untuk ‘kahwin 2’ selain mengakui emosinya tersentuh apabila melihat seorang suami tidak menghargai isteri.

“Tiba-tiba buka album kahwin sebab nak ingatkan Hanif Zaki berapa dia spent (berbelanja) untuk berkahwin dengan I, dan betapa cantiknya I waktu kahwin sampai viral! (emoji ketawa)“Tak payah sibuk nak beristeri dua! I pun you tak boleh nak handle! (gelak) Emosi la bila tengok benda viral suami tak hargai isteri,”luahnya.



Untuk rekod, Anzalna dan suami berkahwin pada 2016 dan dikurniakan sepasang anak lelaki iaitu Mohamad Eidress, 3, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia setahun lebih.

Sumber: Instagram @anzalnanasir88
https://ohmymedia.cc/i-pun-you-t ... ibuk-ada-dua-isteri

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2023 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
laki dia daddy sangat…walaupun umur muda….moga korang berbahagia …anak dh dua ….bini lawa ….
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 22-8-2023 08:30 AM
laki dia daddy sangat…walaupun umur muda….moga korang berbahagia …anak dh dua ….bini lawa …. ...

Kan chuolss..bertuah anzel dpt suami mcm hanif…time dorg kawin dulu anzel cantik giler…
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 09:48 AM | Show all posts
ye cantik giler gaun dia paling letooopan
sampai muncul kain meter design mcm gaun wedding dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 09:59 AM | Show all posts
dorang ni pkai tudung bulat lawa je..bila i pkai tudung bulat cam acik2 kemboja
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik la dia ni bertudung cantik free hair cantik duk rumah cantik bersanding cantik jadi Dewi remaja pun cantik sampai kena buli oleh lembaga perasan straight a perasan cantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2023 10:27 AM | Show all posts
lelaki ni, kalau bini ala-ala qc, dia akan cari seorang yang menyenangkan hati..
tak kisah la yang menyenangkan hati tu purak-purak..
janji dengan dia, dia rasa senang and seronok..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki kalau betul2 jenis melayan bini, sorang pun dah rasa penat dah
Xde masa dia nak tambah lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni bercinta lama pastu kawin...Nampaklah mamat ni betul sayang n caring kat dia..Dulu aku rajin stalk ig anzel.n siblings dia, dorang jenis kapel lama dgn partner masing2 tmasuklah yg buat hal kat karaoke tu...skang ni xtau la dia kapel dgn sape.. kat ig xde dah pic bf.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 22-8-2023 10:05 AM
Cantik la dia ni bertudung cantik free hair cantik duk rumah cantik bersanding cantik jadi Dewi rema ...

I smpai harini xpuas hati kenapa bkn anzalna yg menang. Lembaga tu tggi pon xlepas mcm mana boleh dpt
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik dia time kawen.. kenapalah intan tak buat rambut mcmtu time wedding hari tu, daripada rambut melekap kulit kepala tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:28 PM | Show all posts
Perawankota replied at 22-8-2023 11:43 AM
Cantik dia time kawen.. kenapalah intan tak buat rambut mcmtu time wedding hari tu, daripada rambut  ...

hahhaaa...mintak intan renovate rambut tok laki skali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2023 03:48 PM | Show all posts
Kancilkering replied at 22-8-2023 08:30 AM
laki dia daddy sangat…walaupun umur muda….moga korang berbahagia …anak dh dua ….bini lawa …. ...

tiptop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.077864 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list