CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 572|Reply: 0

[Terengganu] Khidmat sewa pakaian tema kemerdekaan laris

[Copy link]
Post time 21-8-2023 01:28 PM | Show all posts |Read mode


Mimi Suriana menunjukkan baju bertemakan kemerdekaan Jalur Gemilang YANG yang dicuba anaknya yang berumur 6 tahunketika ditemui di Kampung Pulau Kundor. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Bermula daripada menghasilkan pakaian yang bertemakan kemerdekaan untuk dipakai anak bagi sambutan di sekolah, hasil tangan Mimi Suriana Zaharin mula mendapat tempahan.

Pelbagai rekaan yang dihasilkannya untuk digayakan anak menyebabkan ramai yang ingin membuat sewaan dan seterusnya mencetuskan idea buat wanita berusia 33 tahun itu untuk menyediakan khidmat sewaan busana bertemakan kemerdekaan.

Mimi Suriana berkata, dia mula menyediakan khidmat sewaan busana tema kemerdekaan tahun lalu dan sehingga kini sudah 100 pasang pakaian sudah dihasilkan.

"Mulanya saya hanya jahit pakaian tema merdeka untuk anak sahaja tapi tak sangka ramai yang berkenan dan ingin menyewa.

"Dari situ mencetuskan idea buat saya untuk membuat khidmat sewaan kerana tidak banyak pakaian tema kemerdekaan dijual di premis perniagaan terutama untuk kanak-kanak.

"Khidmat sewaan lebih menerima sambutan kerana pakaian tema sebegini hanya dipakai sekali setahun sahaja dan agak membazir jika ditempah khas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Kundor, di sini.

Mimi Suriana yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jahitan berkata, dia menghasilkan pakaian tema kemerdekaan itu menerusi kaedah cantuman kain dan masa yang diambil sangat singkat.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia mampu menghasilkan antara lima hingga enam pasang baju sehari manakala rekaannya pula bergantung kepada idea sendiri serta merujuk kepada mana-mana sumber.

"Kadar sewaan pula agak berpatutan iaitu antara RM25 hingga RM35 selama tiga hari dan ada juga yang menyewa sehingga sambutan Hari Malaysia," katanya.

Mimi Suriana berkata, memandangkan khidmat sewaan pakaian tema kemerdekaannya itu hanya untuk pakaian kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun, dia juga menerima tempahan daripada orang dewasa.

Menurutnya lagi, seawal Jun sudah ada pelanggan yang datang untuk membuat tempahan mengikut rekaan dan jenis kain yang diinginkan.

"Saya tidak mengenakan upah yang mahal, sekitar RM70 hingga RM80 sahaja dan paling mahal sekalipun adalah RM150 bagi material songket.

"Selain itu, saya juga menghasilkan cekak sanggul dan tanjak boleh laras yang mana kedua-duanya juga mendapat sambutan menggalakkan terutama dari pihak sekolah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-kemerdekaan-laris

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.071067 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list