View: 817|Reply: 0
|
Bas Kemalangan Pemandu Mengantuk, 20 Mati Terbakar
[Copy link]
|
|
Islamabad: Sekurang-kurangnya 20 orang mati terbakar pada Ahad apabila sebuah bas merempuh kenderaan lain yang membawa diesel di timur Pakistan, kata pegawai.
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya pada kira-kira 4:30 pagi (2330 GMT pada Sabtu) berhampiran bandar Pindi Bhattian di wilayah timur Punjab.
NAHAS bas yang meragut 18 nyawa. FOTO AGENSI
"Dalam masa lima minit, keseluruhan bas itu terbakar. Seramai 20 orang terbakar hidup-hidup manakala 15 yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal," kata pegawai kanan polis Fahad Ahmed kepada AFP menerusi telefon.
"Mungin pemandu bas itu mengantuk."
Kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu adalah van model Suzuki dipercayai membawa tong diesel dan petrol.
Lebuh raya yang beralun, langkah keselamatan yang longgar dan pemanduan melulu menyumbang kepada rekod keselamatan jalan raya yang teruk di Pakistan.
Bas penumpang sering melebihi kapasiti ditetapkan dan tali pinggang keledar tidak biasa dipakai, yang menyebabkan angka kematian tinggi akibat kemalangan kenderaan tunggal adalah perkara biasa.
Pada Januari, sekurang-kurangnya 40 orang maut apabila sebuah bas terjunam dari jambatan di barat daya Pakistan dan terbakar.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|