CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1233|Reply: 0

F1: Red Bull tidak pernah rasa selesa

[Copy link]
Post time 20-8-2023 11:53 AM | Show all posts |Read mode

RED BULL menguasai sepenuhnya saingan musim ini apabila memenangi kesemua 12 perlumbaan musim ini. - AFP

MILTON KEYNES – Ketua pasukan Red Bull Racing, Christian Horner menegaskan, mereka langsung tidak berasa selesa meskipun mendominasi perlumbaan Formula Satu (F1) pada saingan musim ini.

Pelumba utama pasukan itu, Max Verstappen sudah memenangi lapan perlumbaan sebelum saingan berehat seketika selain Red Bull yang memenangi kesemua 12 perlumbaan pada musim ini.

Bagaimanapun, Horner memberi amaran kepada pelumba-pelumba supaya tidak terlalu selesa dengan prestasi semasa pasukan memandangkan saingan masih panjang dan apa sahaja boleh berlaku.

“Saya tidak fikir kami boleh rasa selesa walaupun berada pada prestasi terbaik ketika ini. Saya selalu minta semua orang dalam pasukan supaya fokus terhadap satu demi satu perlumbaan dan ia sesuatu yang sangat penting.

“Tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk hilang fokus kerana saingan masih panjang. Cabaran sentiasa berbeza kerana pasukan-pasukan lain sentiasa memburu kedudukan Red Bull ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga sedar pasukan-pasukan pencabar sedang berusaha untuk memancing individu-individu penting dalam Red Bull yang menjadi tunjang kepada kejayaan pasukan itu.

“Sudah tentu kami menerima banyak tawaran daripada semua orang yang mahu mendapatkan staf kami. Datang dan kekal di sini adalah dua perkara berbeza, saya mahu mereka sedar kekuatan yang ada dalam pasukan,” ujar Horner. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... pernah-rasa-selesa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058482 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list