View: 870|Reply: 0
|
TFC menang bergaya ke atas KL Rovers
[Copy link]
|
|
NOR Hakim (empat dari kiri) dipeluk rakan sepasukan selepas menjaringkan gol untuk TFC. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Seperti dijangka, Terengganu FC (TFC) tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir saingan Piala Malaysia selepas menumpaskan Kuala Lumpur Rovers FC (KL Rovers) 3-0, malam ini.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner menang dengan agregat 7-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Pada aksi pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, skuad Penyu menang 4-0 menumpaskan juara Liga M3 itu yang dibarisi semuanya pemain tempatan.
Bagaimanapun, TFC terpaksa menanti gol sehingga minit ke-31 menerusi tolakan mudah Nor Hakim Hassan selepas mendapat hantaran daripada Safwan Mazlan untuk mendahului 1-0.
Terdahulu penyerang import, Ivan Mamut terlepas peluang untuk meletakkan namanya sebagai penjaring selepas rembatan padunya dari dalam kotak penalti singgah di palang.
Bersambung babak kedua, Steinbruckner memasukkan penjaga gol muda, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin yang juga penampilan pertamanya musim ini bagi menggantikan Suhaimi Husin.
Pada minit ke-71, pemain gantian, Liridon Krasniqi menambah jaringan kedua TFC hasil hantaran Arif Fadzilah Abu Bakar untuk pasukannya mendahului 2-0.
Seminit sebelum memasuki minit ke-90, Nor Hakim menambah derita pelawat apabila mudah merembat masuk gol ketiga yang menyaksikan TFC menang 3-0.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-ke-atas-kl-rovers |
|
|
|
|
|
|
| |
|