CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4617|Reply: 34

Semua Model Beechcraft 390 Yang Digunakan Di Malaysia Akan Disiasat, Ini 13 Fakta Pesawat Yang Terhempas Di Elmina

[Copy link]
Post time 18-8-2023 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Pengangkutan akan meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menjalankan siasatan terhadap semua pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang digunakan di Malaysia.


Menterinya Anthony Loke berkata kementerian tidak mahu membuat sebarang keputusan terburu-buru mengenai penggantungan operasi model pesawat itu.




Foto: mStar




“Saya akan meminta CAAM menyiasat dan sebarang keputusan akan dibuat dengan teliti selepas siasatan oleh pakar teknikal dan pihak berkuasa.


"Jadi tiada keputusan tergesa-gesa dibuat pada ketika ini, dan sudah tentu, CAAM akan menjalankan siasatan terperinci terhadap model pesawat yang sedang digunakan di Malaysia," katanya seperti dipetik di mStar.


Pada Khamis Jet Valet Sdn Bhd mengesahkan pesawat eksekutif, Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV yang terhempas di Elmina dekat Shah Alam petang Khamis adalah milik mereka.


Sehingga kini pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai insiden itu dan akan memberi komitmen penuh serta kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.


"ada masa ini, pihak Jet Valet tidak dapat mengesahkan sebarang butiran lain secara rasmi, termasuk kemalangan jiwa kerana menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.


"Segala maklumat dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan syarikat itu pada Khamis.




Foto: mStar









Di laman webnya, Jet Valet berkata syarikat itu menawarkan pelbagai penyelesaian perjalanan udara persendirian dan perkhidmatan jet peribadi yang fleksibel, mewah dan berpatutan.Sementara itu,


Insiden membabitkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) dilaporkan terhempas di atas jalan raya berdekatan kawasan perumahan di Bandar Elmina di mana seramai 10 mangsa, kesemuanya warga tempatan disahkan maut dalam kejadian itu.


Berikut adalah 13 fakta mengenai jet eksekutif ini yang diperoleh melalui carian internet.


1. Salah satu pesawat sewaan khas dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd selain Hawker Beechcraft 4000 dan Gulfstream G4.


2. Menawarkan penerbangan ke beberapa lokasi antaranya Kota Kinabalu, Langkawi, Kuching, Bali, Jakarta, Dubai dan Bangkok.


3. Pesawat persendirian enjin berkembar yang dibuat oleh pengeluar Amerika Syarikat, Hawker Beechcraft Corporation.


4. Menggunakan dua enjin turbofan Williams FJ 44-2A (bahagian belakang) yang mana setiap satu menghasilkan kuasa 10.23kN (kilonewtons).


5. Ia dikeluarkan bermula 1998 hingga 2013 dengan jumlah pengeluaran 298 unit.


6. Menurut Guardian Jet nilai harga pasaran pesawat berkenaan adalah AS$1,549,000 (RM7.2 juta).


7. Mempunyai kelajuan maksimum hingga 840 kilometer sejam (km/j).


8. Pesawat boleh mencapai altitud maksimum sehingga 41,000 kaki dengan berat pendaratan maksimum 11,600 pound atau 5,262 kilogram.


9. Direka untuk membawa enam penumpang dan satu hingga dua krew penerbangan pada satu-satu masa.


10. Jarak penerbangan maksimum sekitar 2,500km.


11. Keluasan: Kabin berukuran 4.11 meter panjang dan lebar 1.69 meter serta tinggi 1.68 meter, menjadikan keluasan keseluruhan kabin 8.9 meter padu.


12. Memiliki kemudahan lain seperti tandas, almari, meja eksekutif, kabin AFT dan outlet 115V..


13. Nahas ini merupakan kemalangan kelima membabitkan kapal terbang buatan Amerika itu dalam tempoh 46 tahun. Jet Valet


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi EXCO  pun naik jet peribadi.... Sprm elok la siasat kalau2 ada unsur yg tak sepatutnya. Bukan menuduh wujud salah laku, tapi eloklah audit.. Mana tau jumpa apa2 ke.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 06:24 PM | Show all posts
"13. Nahas ini merupakan kemalangan kelima membabitkan kapal terbang buatan Amerika itu dalam tempoh 46 tahun. Jet Valet"


yg lg 4 tu mcmn pulak pengakhirannya

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Brani ka nak gantung lesen depa walaupon takde data recorder? brani ek company ni beli jet yg xde data recorder... Ehhh klu company tu org istimewa yg punue.. Boleh je ape2xpon die nak buat... Sape boleh halang
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022: Jadi EXCO  pun naik  ...

Pmx pun naik proton jer..
Saya ulammmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adelea at 18-8-2023 07:46 PM
Perwira2022 replied at 18-8-2023 06:20 PM
Jadi EXCO  pun naik jet peribadi.... Sprm elok la siasat kalau2 ada unsur yg tak sepatutnya. Bukan m ...


Exco tu kan ceo gading sari . So pesawat dia , apesal dia x leh naik …

Si aidah awang tu kan kata baru discuss dgn exco tu nak sewa chopper dia …

Aku bukan bekap arwah ni
Tapi hagak la kot …

Exco lain klu dia mampu naik private jet pon …check la dulu source  of income dia … sblm nak tuduh org tu makan rasuah

Ada video syed saddiq explain source income depa selain dr jdi gaji exco or mp …

jangan la macam anwar
Otak kotor , semua org dia pikir ambik rasuah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2023 09:21 PM | Show all posts
Nape kene membazir naik jet ye.
Dah la pencemaran berkali ganda dari naik kenderaan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 18-8-2023 06:20 PM
Jadi EXCO  pun naik jet peribadi.... Sprm elok la siasat kalau2 ada unsur yg tak sepatutnya. Bukan m ...

Gather info then u talk...jgn nampak stoopid sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceo tu bawak staff dia holiday kat Langkawi.. dun bekap..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua kapten dlm tu staff2 dia la kan? Pilot private jet.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 10:36 PM | Show all posts
Jika menteri penganutan tu,melayu

habislah kena hentam.. tapi... senyap je
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 11:02 PM | Show all posts
Edited by brego at 18-8-2023 11:05 PM

dalam satu video tu,
aku tengok dia terhempas, memang terjun tiruk punya

bukan jatuh kat perut jet, tapi muncung terus
pergh ngeri
bayangkan org2 dalam pesawat tu,
jet start terjun tiruk from high altitude

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 11:31 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 19-8-2023 12:19 AM

Entahle I kerap gak tgok air crash investigation. Depa panggil benda ni "TURNING STALL".


ikut video atas ni dia kata kesalahan dia selalu buat masa banking..
..tak sedar pesawat overbank (senget terlebih) kesannya vertical lift hilang (stall/ jatuh), pilot baru perasan kemudian refleks split second buat pull (tarik naik atas), masalahnya tindakan pull masa dah overbank stall akan buat muncung pesawat menonong ke bawah (ibarat "tarik naik atas" masa pesawat tengah upside down) menambah kelajuan stall (accelerated stall) boom!!! langgar bumi.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 18-8-2023 09:34 PM
Gather info then u talk...jgn nampak stoopid sgt.

Yg stupid tu ko. Tak faham maksud 'siasat', 'audit'... Tu gather information la bongok
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 19-8-2023 12:44 AM
Yg stupid tu ko. Tak faham maksud 'siasat', 'audit'... Tu gather information la bongok

Kalau dah gather takde la speculate tanye soalan stupid mcm tu.

dah company dia sendiri nape dia tak blh naik, dia tu org bisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 07:49 AM | Show all posts
Masalahnya kat Malaysia ni banyak sangat private plane operator yang 'sembunyi' dari CAAM untuk elak dari audit dan compliance checks. Pilot dia orang pun gunakan lesen FAA semasa piloting those plane yang registered kat US atau St Morino, menggunakan aircraft registration N dan T7 pada pangkal plane registration. CAAM hanya boleh check yang registered kat Malaysia , registration 9M.

Aku baru sja habis 4 hari kena audit dengan CAAM...  phew...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2023 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 18-8-2023 11:31 PM
Entahle I kerap gak tgok air crash investigation. Depa panggil benda ni "TURNING STALL".



Seramnya cara airplane tu jatuh terjunam tajam camtu
Mesti roh dah terkeluar dri badan bila kena mcmni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36: Masalahnya kat Malaysia ni ban ...


Alhamdulillah muncul pun. Dh agak capt bukan kt malaysia.

Boleh share capt nape aircraft tu jadi cmtu?? Xtekan mayday,  flight data recorder pun xde
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 19-8-2023 07:49 AM
Masalahnya kat Malaysia ni banyak sangat private plane operator yang 'sembunyi' dari CAAM untuk elak ...

Capt, nak tanye sumting pasal nak masuk flying school, nanti i pm bole?

Sori off topic
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 06:20 PM | Show all posts
jongos replied at 19-8-2023 07:43 AM
Capt, nak tanye sumting pasal nak masuk flying school, nanti i pm bole?

Sori off topic

Boleh jer, anytime ...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.081212 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list