|
Seorang lelaki yang juga merupakan pengamal perubatan alternatif dikenali sebagai Qiqi menceritakan pengalamannya merawat seorang pesakit yang disahkan sudah ‘meninggal dunia’ tetapi rupa-rupanya masih hidup.
Di Facebook, Qiqi memberitahu bahawa ‘jenazah’ terbabit berdengkur seperti orang sedang tidur tetapi apa yang peliknya, nadi dan jantungnya sudah terhenti.
"anggil doktor datang rumah, doktor rasa hairan. Kenapa boleh jadi macam ni sedangkan beliau sudah tiada. Nafas terhenti, jantung berhenti, denyutan nadi terhenti.
Gambar Hiasan
Individu ini bersama gurunya datang ke rumah pesakit berkenaan dan melihat satu jenazah terbaring di tengah rumah.
"Kami dengar dengkuran yang keras pada jenazah. Mata pesakit tertutup rapat, bila saya pegang dipelipat tangan bacakan beberapa potong ayat, tangannya bertindak balas, semua terkejut.
"Dia sudah terkena sihir kunci roh, roh terkunci jasad seperti mati. Kalau lah dia tidak berdengkur orang dah tanam dia hidup-hidup, dia akan mati dalam tanah."
Mereka kemudian memulakan rawatan alternatif dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Tidak lama selepas itu, kaki dan badan pesakit mula bergerak.
"esakit: Aku nak dia mati. Minah, tolong aku. Minah tolong aku, halau orang ni. Tolonglah aku Minah, aku dah tolong kau. Orang ni nak bunuh aku, Minah."
Tidak lama kemudian, terdengar jeritan keras seorang wanita dari arah dapur. Rupa-rupanya, individu (Minah) yang dimaksudkan adalah adik pesakit berkenaan yang berebut mahukan harta peninggalan arwah bapa mereka.
"Sampai hati kau Minah, Kau adik aku, Kau buat aku macamni, aku bukan nak bolot semua harta. Aku cuma diamanahkan sahaja untuk bagi sama rata. Kenapa kau nak semua harta arwah abah? Sanggup kau nak bunuh aku abang kandung kau sebabkan harta?"
Sebenarnya apa yang berlaku semua atas hasutan suami Minah yang tamak mahukan harta sehingga tergamak menggunakan cara sihir. -CARI
Sumber: OhBulan |
|