View: 1404|Reply: 0
|
Larikan SUV, Lepas Cabul Warga Emas
[Copy link]
|
|
Taiping: Lelaki ditahan bagi membantu siasatan melarikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan mencabul seorang warga emas di Assam Kumbang, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, tangkapan itu susulan laporan diterima polis pada 8.40 pagi, berhubung wanita warga emas dicabul seorang lelaki ketika berada di halaman rumahnya.
Menurutnya, dalam kejadian itu, muka mangsa ditutup dengan kain sebelum dibawa masuk ke dalam rumah dan dicabul.
"Suspek kemudian melarikan diri dengan memandu Honda HRV milik menantu mangsa, selain membawa beberapa barangan berharga dan wang tunai milik mangsa.
"Bagaimanapun, kenderaan terbabit ditemukan kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi kejadian," katanya dihubungi media, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, kurang lapan jam pihak polis berjaya menahan suspek berusia 32 tahun bagi membantu siasatan.
"Suspek yang tidak berkerja didapati positif dadah jenis heroin.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397/354 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|