CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1219|Reply: 0

[Sabah] TLDM komited pertahan ZEE Malaysia di Laut China Selatan

[Copy link]
Post time 17-8-2023 09:46 PM | Show all posts |Read mode


EKSESAIS: Antara aset TLDM yang menyertai Eksesais Angsa Siri 14/23 di laut china selatan.



ABDUL RAHMAN




TUDM: Aset TUDM yang bertanggungjawab memantau ruang udara sepanjang eksesais ini.

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited mempertahankan kedaulatan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di Laut China Selatan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata usaha itu seiring dengan penugasan aset TLDM selama 24 jam seminggu di Laut China Selatan.

“TLDM berperanan memantau kehadiran kapal serta aset negara asing yang melalui Zon Maritim Malaysia di Laut China Selatan, bagaimanapun dengan keluasan laut yang amat luas dan usia kebanyakan kapal yang semakin usang, TLDM memerlukan aset yang baharu iaitu Littoral Combat Ship (LCS) dan Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2).

“Secara dasarnya LCS akan diteruskan bagi lima buah kapal sahaja dan ini akan dilaksanakan berlanjutan dalam pementeraian kontrak tambahan keenam (SA6) semasa LIMA`23 dan berdasarkan SA6, kapal pertama dijangka akan disiapkan pada Ogos 2026.

“Dalam perkembangan LMSB2 pula, kerajaan dalam proses untuk mengenal pasti pembina kapal yang sesuai berdasarkan kriteria yang diperlukan serta ditetapkan oleh TLDM,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Majlis Penutupan Eksesais Angkasa dan Samudera (Eksesais Angsa) Siri 14/23 di Pangkalan TLDM Sepanggar di sini.

Menurutnya, secara keseluruhan pelaksanaan eksesais ini berjalan lancar tanpa sebarang kemalangan atau insiden walaupun kebanyakan aset yang diaturgerak berusia hampir 40 tahun.

Katanya prestasi ini membuktikan profesionalisme warga TLDM dan TUDM dalam memastikan aset-asetnya sentiasa siap siaga untuk diaturgerak sebilang masa.

Sementara itu Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM berkata Eksesais Angsa yang menggabungkan dua Angkatan Tentera Malaysia  (ATM) iaitu TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mampu menjalin kerjasama lebih baik dalam menangani spektrum konflik maritim di Laut China Selatan.

“Latihan ini bukan Sahaja mampu membentuk sebuah perkhidmatan yang versatile serta kredibel tetapi juga menjadikan angkatan tentera yang sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi situasi sebenar.

“Eksesais yang berlangsung selama 20 hari bermula 28 Julai lalu dengan melibatkan 2562 warga daripada kedua-dua perkhidmatan turut membuka ruang dalam menzahirkan interoperabiliti taktikal dan strategik secara holistik,” katanya semasa berucap pada majlis terbabit.

Beliau berkata dengan objektif menilai interoperabiliti kedua perkhidmatan, aspek 3P iaitu ‘People, Process dan Platform’ diketengahkan melalui penglibatan aset-aset milik TLDM dan TUDM dengan Tentera Darat Malaysia sebagai elemen sokongan dan pemerhati dalam menjayakan siri eksesais ini.

“Sebanyak 20 buah kapal, sebuah kapal selam, empat Helikopter TLDM, dua Pesawat Unmanned Aircraft System ScanEagle (UAS) dan elemen Pasukan Khas Laut (PASKAL) milik TLDM menyertai latihan ini.

“TUDM juga menampilkan 13 buah Pesawat Pejuang daripada Hawk, SU30MKM dan F/A18D Hornet, lima Pesawat Taktikal dan Strategik iaitu C130 Hercules dan A400M serta elemen Pasukan Khas Udara (PASKAU).

“Turut melengkapi penyertaan dalam evolusi lapangan adalah pesawat Pemantauan Maritim, CN235 dan tiga buah Helikopter EC725 AP,” katanya.

Menurutnya eksesais ini melalui empat fasa iaitu, fasa Pelabuhan yang lebih kepada persediaan sebelum pelayaran dan majlis pembukaan.

“Seterusnya, fasa Force Integration Training (FIT) sebelum beralih ke fasa kemuncak yang dikenali sebagai War Exercise (WAREX) yang menguji keupayaan kedua-dua perkhidmatan dalam simulasi peperangan maritim.

“Fasa terakhir ialah Post Exercise Debrief (PXD) adalah bentuk perkongsian analisis serta pemerhatian daripada tim penilai sepanjang eksesais berlangsung,” katanya.

Tambahnya pencapaian elemen jointness bukanlah satu tugasan yang mudah bagi sesebuah angkatan tentera, bagaimanapun Eksesais Angsa ini adalah platform yang paling sesuai bagi memperkasakan elemen jointness serta mengenal pasti jurang kebolehoperasian di antara perkhidmatan di masa hadapan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.047237 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list