CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1267|Reply: 0

[Sabah] G57 gesa permohonan maaf berkenaan fitnah Blok Ambalat

[Copy link]
Post time 17-8-2023 09:44 PM | Show all posts |Read mode


ZULKARNAIN

KOTA KINABALU: Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar mendesak agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku Assaffal Alian membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mengeluarkan kenyataan konon Kerajaan Pusat menyerahkan Blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia.

Katanya, kenyataan dibuat oleh wakil rakyat itu ketika berucap pada sidang DUN Sabah minggu lalu dan sudah disebarkan melalui rakaman video adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab selain mengancam kedaulatan negara.

“Kenyataan media Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin secara jelas menyatakan perjanjian ditandatangani Malaysia dan Indonesia hanya membabitkan laut wilayah dan tidak membabitkan kawasan yang dinyatakan sebagai Ambalat atau melebihi 200 batu nautika iaitu Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

“Mohamad Alamin turut menegaskan kerajaan sentiasa mengambil berat dan berhati-hati dalam apa sahaja urusan membabitkan triti terutamanya perihal sempadan negara berikutan ia dibuat berdasarkan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982,” katanya.

“G57 mendesak agar ADUN tungku itu segera membuat permohonan maaf kepada kerajaan termasuk seluruh rakyat Sabah.

“Saya juga meminta agar perkara ini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan selepas sengaja mengeluarkan kenyataan tidak betul dan mengelirukan DUN,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.057572 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list