CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2416|Reply: 2

Janna Nick Jaga Perut Macam Bayi, Hanya Ambil Makanan Lembut "Makan Makin Lambat, Kena Kunyah 44 Kali"

[Copy link]
Post time 16-8-2023 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Janna Nick sudah beransur pulih selepas mengalami masalah radang usus sebelum ini.


Janna juga sudah kembali ke set penggambaran namun masih memantau diet agar penyakit itu tidak berulang.


Foto: IG




"Alhamdulillah masih boleh bekerja dengan pasukan yang hebat. Terima kasih atas doa semua.


"Saya ingin maklumkan tentang kesihatan sekarang. Saya masih hanya jaga makan seperti perut bayi... kena ambil makanan lembut," katanya.


  



Pelakon itu dilihat kini sedang sibuk di lokasi menjalani penggambaran drama bertajuk Surat Dari Tuhan bersama aktor Shukri Yahaya.


Dalam masa sama, Janna juga sempat berkongsi nasihat buat peminat supaya mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak mengalami masalah sakit sama sepertinya.


  



"Anda semua tolong jaga usus. Sakit usus ini lain macam rasanya. Nak berjalan laju pun saya tak mampu.


"Sekarang ini saya makan semakin lambat, kena kunyah banyak kali. Ikutlah sunnah Nabi kunyah sebanyak 44 kali," jelasnya.




  



Pada Ahad lalu, Janna berkongsi gambar dibenarkan pulang selepas empat hari menjalani rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya akibat radang usus.


Sementara itu dalam satu temu bual, suami kepada Janna iaitu pelakon Dini Schatzmann memberitahu isterinya mengambil keputusan untuk pulang lebih awak kerana komitmen terhadap kerjaya.


  



Janna tidak mahu menyusahkan pihak produksi yang berkemungkinan terpaksa mengguhkan penggambaran akibat sakitnya itu. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga lekas sembuh dan jgn makan supplements mcm2 (klu ada makanlah)
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 09:06 AM | Show all posts
soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.406455 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list