CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2583|Reply: 10

Akui Khilaf Guna Nama Songkran, Penganjur Mohon Maaf

[Copy link]
Post time 16-8-2023 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Gopeng: Penganjur Pesta Songkran, Sahom Valley Resort hari ini tampil memohon maaf atas sebarang isu berbangkit berhubung penganjuran program itu yang dijadual berlangsung di Sahom, Kampar pada 26 dan 27 Ogos depan.


Pengarah Urusannya, Shariff Ali Jabad Ali berkata, pihaknya mengakui kekhilafan menggunakan perkataan Songkran yang sinonim dengan sambutan perayaan oleh masyarakat Siam sehingga akhirnya menimbulkan kekeliruan ramai.


SHARIFF Ali menunjukkan hebahan baru Pesta Songkran yang diganti dengan Pesta Air Sahom di Sahom Valley Resort di Kampar hari ini.




Sehubungan itu katanya, bagi menjernihkan keadaan, pihaknya telah memutuskan menukar nama program itu kepada asal iaitu Pesta Air sahom.


“Sebenarnya, penganjuran Pesta Air Sahom ini bukanlah kali pertama kerana pada Mei lalu, kita telah menganjurkan program sama dengan kehadiran lebih 1,000 orang pengunjung.


“Cumanya pada kali ini, kita tukarkan nama kepada Pesta Songkran, tujuannya untuk menarik orang ramai tetapi kita terlepas batasan. Kami mengakui kesilapan dan mohon maaf,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Menurut Shariff Ali, pihaknya mengambil maklum teguran daripada pelbagai pihak namun kesal dengan kritikan dan cemuhan keterlaluan sehingga ada yang berbaur ugutan.


Bahkan katanya, pihaknya turut menerima tanggapan negatif daripada penduduk setempat yang tidak bersetuju dengan penganjuran program berkenaan.


“Cadangan kami bukan mahu ikut macam Thailand tapi kesilapan kami adalah dari segi nama sahaja bukan kita (ikut) adat resam, budaya dan agama lain.


“Jadi, saya ambil peluang ini untuk maklumkan yang kita menukarkan nama program ini daripada Pesta Songkran kepada Pesta Air Sahom. Pengisian program ini masih sama termasuk aktiviti sukan air di sepanjang Sungai Dipang,” katanya.


Tambahnya, diharap penjelasan yang diberikan dapat menjadi titik noktah kepada isu tersebut dan tiada pihak yang memandang serong terhadap program berkenaan.




Sumber: Kosmo! Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpela acik.. bljr dr kesilapan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 05:46 PM | Show all posts
kena kaji dulu bukan terjah saja
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali study
Ni pun dia dapar pengajaran la jg in a hard way
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah elok2 nama pesta air nak tukar nama pesta songkran. Mendapatla
Segala benda nak tiru
Lagi satu yg rengsa bab tempat kat msia nak diequatekan dgn ala2 negara luar mcm hiway termiang tu nz msia, ada resort kat gerik konon2 switzerland msia etc etc
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 05:59 PM | Show all posts
jfq replied at 16-8-2023 05:54 PM
Dah elok2 nama pesta air nak tukar nama pesta songkran. Mendapatla
Segala benda nak tiru
Lagi satu y ...

dengan retis pon sama asik nak dimalaysiakan jah semua yihhhh. celine dion malaysia lah beyonce malaysia lah apoooo? paling hanat samdawan katik tu disamakan dengan christian bale celah mana babi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2023 06:12 PM | Show all posts
takpa pakcik.. pelan2 tukar.. nanti keturunan akan datang mungkin akan namakan pesta air pakcik nih.. "Pesta Air Shalom"
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah pi Songkhran kt Bangkok under route 66 Club back in 2017, bayar entrance fee dalam 80-90 ringgit lepas convert.. yang aku dpt pork burger mekdi  dgn beer.. memang aku tak sentuh lah.. masuk dalam carik mineral dgn snacks lain.. pastu dah abis balik hotel kat sukhumvit naik motor bertiga dgn tak der helmet… gila betul zaman tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu suka tiru tiru bangsa lain...tapi nak buat camne dari meniru niru tu lah terbentuk nye budaya Melayu sekarang

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari x tau pesta air kat sahom ni terus ramai tahu...terbaik marketing pakcik ni..keep it up. Blh tambah pendapatan penduduk kg masa event tu nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 08:22 AM | Show all posts
takpelah, dia blaja dri kekhilafan.
at least dapat publisiti percuma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.395372 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list