CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2881|Reply: 14

Tiada Tanda Keretakan Sebelum Bangunan Kuchai Lama Runtuh

[Copy link]
Post time 16-8-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik syarikat Malinta Corporation Sdn Bhd, K. Veethasalam mendakwa tiada sebarang tanda mahupun keretakan dikesan pada bangunan komersial empat tingkat yang berusia lebih 20 tahun di Kuchai Lama sebelum runtuh malam tadi.


Menurut Veethasalalam atau lebih mesra dipanggil Sam, pihaknya tidak mengesan sebarang tanda atau keretakan pada bangunan terbabit ketika bekerja pagi semalam.




Keadaan 10 buah kereta yang dihempap cebisan bangunan runtuh malam tadi.




“Saya tiada di lokasi ketika kejadian malam tadi namun ada mendapat makluman daripada pihak pengurusan bangunan.


“Kita juga bekerja seperti biasa pada pagi semalam dan tidak ada apa-apa tanda keretakan pada bangunan yang kita kesan. Semua berlaku secara tiba-tiba dan cuaca juga baik sahaja.


“Seluruh blok ditutup dan berhenti beroperasi termasuklah syarikat saya. Pejabat saya berada di tingkat empat yang mana pihak polis juga menyatakan keadaan tingkat itu didapati tidak selamat,” ujarnya kepada Kosmo!


Veethasalam yang mempunyai 10 unit di bangunan komersial terbabit memberitahu dia dan pihak pengurusan bangunan akan mengadakan perbincangan bagi melantik pakar perunding bangunan untuk menyelesaikan permasalahan ini dengan segera.


“Kita kena dapatkan satu agensi pakar perunding bangunan yang akan beri keputusan muktamad tentang keselamatan bangunan.


“Saya juga berharap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan buat sementara waktu, orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar masuk di kawasan sekitar kerana dikhuatiri sisa bangunan akan runtuh,” tambahnya.


Pada masa sama, Pejabat DAP Seputeh antara yang diarahkan untuk berhenti beroperasi susulan insiden terbabit.


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika ditemui di lokasi kejadian menzahirkan rasa syukur dan lega kerana insiden terbabit tidak melibatkan kemalangan jiwa.


“Saya berada di pejabat saya semalam dan mujur kejadian tidak berlaku pada siang hari. Kalau ia berlaku pada waktu siang, mungkin ramai yang akan tercedera atau mungkin saya dan lebih ramai lagi yang akan terperangkap di dalam bangunan.


“Buat masa ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut manakala pejabat serta semua unit ditutup sementara waktu,” ujarnya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Camna ya boleh roboh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 04:23 PM | Show all posts
klu xde angin masakan pokok boleh bergoyang


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Naya sungguh owner keta.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mula da wayang madanon ,hmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 06:24 PM | Show all posts
umah flat ka tuh??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2023 06:35 PM | Show all posts
Material fatigue..??
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Office ke? Sekali tgk mcm umah flat pon ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 16-8-2023 04:23 PM
klu xde angin masakan pokok boleh bergoyang



Ini lah akibatnya tak ikut saranan Terer Suck Cock minum satu sudu minyak kelapa sawit setiap hari untuk elakkan konkrit runtuh

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 09:14 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 16-8-2023 09:17 PM

uh bumbung bangunan zaman dulu cepat ranap eh? entahla, kalau nak kira bangunan moden Burj Khalifa Dubai tu pun expiry date dia 100 tahun je, siap tahun 2010 so kira ada lagi 87 tahun sebelum jadi ancaman. Jangka hayat Menara Berkembar Petronas? Haha gomen kita macam biasa tak dedahkan apa-apa, terpaling helok dimata dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya bangunan tu jadi gini...nasib baik bangunan tu tak terus sembah bumi!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 09:09 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-8-2023 07:49 PM
Ini lah akibatnya tak ikut saranan Terer Suck Cock minum satu sudu minyak kelapa sawit setiap ha ...

bengong laaaa
elok lah berkubur dh kerjaya politik dia



Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 09:11 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 16-8-2023 09:14 PM
uh bumbung bangunan zaman dulu cepat ranap eh? entahla, kalau nak kira bangunan moden Burj Khalifa D ...

ooo br tau bangunan ada expired date

tp bangunan2 kolonial mcm bangunan sultan abdul samad tu beratus tahun dah
elok kokoh lg ha
maybe aspek mentenen la kot yg buatkan bangunan expired ni blh terus kokoh



Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Design utk 100tahun, tapi sebenarnya boleh jer lajak jauh dari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgn syarat, senggara dan restorasi tiptop.
Takde gempa, banjir, ribut topan dan yg sewaktu dengannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 1.154085 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list