View: 2324|Reply: 10
|
Zainal Abidin Bangga, Puji Nadeera Zaini Lebih Bagus Daripada Cakra Khan "Versatil, Teknik Nyanyiannya Sangat Hebat"
[Copy link]
|
|
Datuk Zainal Abidin bangga apabila bakat bekas protegenya, Nadeera Zaini kini sudah diterima ramai sebagai penyanyi
Katanya bakat besar dimiliki juara Big Stage (BS) 2023 itu sememangnya tidak harus disia-siakan.
Foto: Google
Penyanyi berusia 64 tahun itu bahkan tambah tumbang berbesar hati apabila Nadeera terpilih untuk membuat persembahan pada konsert Cakra Khan yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
“Dia sememangnya layak untuk berada dalam konsert itu. Pada pendapat saya, dia sebenarnya lebih bagus daripada Cakra sendiri kerana sangat versatil dalam teknik nyanyian.
“Teknik nyanyiannya sangat hebat, rasa bangga apabila ramai sudah membuka mata dan sedar kehebatannya sebagai penyanyi. Ini rezekinya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Pelantun lagu Hijau itu juga turut berasakan dirinya sudah tidak mampu mencapai tahap nyanyian yang hebat setanding Nadeera.
“Saya yang sudah menyanyi selama 40 tahun ini juga tidak mampu untuk membuat persembahan sehebat Nadeera. Dia lebih bagus daripada saya.
“Dulu orang tak pandang pun bakat dia kerana dikatakan tidak mempunyai pakej lengkap, sekarang Nadeera antara yang terbaik.
Foto: Berita Harian
“Sekarang, peluang sudah terbuka luas kepadanya. Terpulang kepada Nadeera untuk menggunakan semua yang diraihnya pada hari ini dengan cara apa pun,” ujarnya.
Sebelum dikenali ramai seperti hari ini, Zainal merupakan antara insan paling bertanggungjawab membawa Nadeera atau nama penuhnya Farah Nadeera Zaini sebagai protegemnya dalam program Mentor Legend sekitar 2014 yang turut disertai Aina Abdul iaitu protege kepada Ella. – CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 16-8-2023 11:43 AM
Hebat sangat, pi lah AGT sana.
Baru nak ada exposure sikit, dah terpalit dikaitkan dengan mengutuk Chakra Khan. Dahlah Chakra tu bagi dia peluang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk misleading. Dia ckp protege dia lg bagus dr dia. Mana ada dia compare dgn cakra khan. Btw aiols tgk tokti nyanyi dgn cakra khan itu ari. Hauknya lahai si cakra nyanyi. Tokti steady lg. Cakra ni muda lagi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
nak survive kene ada lagu best...
kalu tak no point suara sedap manapon... lagi takde pakej mcm sheols |
|
|
|
|
|
|
|
tua dah zainal abidin ya.... |
|
|
|
|
|
|
|
"Pada pendapat saya, dia sebenarnya lebih bagus daripada Cakra sendiri kerana sangat versatil dalam teknik nyanyian."
ha..ha.ni helok je dia ngata cakra.orang dah bagi peluang p kutuk org tu plak
|
|
|
|
|
|
|
|
Whorayussss??? zainal abidin tu aqq kenal laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
bang jenal, selain bakat, penyanyi tu kena jugak ada xfactor
kalau ada teknik tp tak popular pon tak jalan jugak
harap nadeera dapat lagu yg boleh mempopularkan sheols
mcm ex-housemate sheols - aina abdul |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat bagus teknik tp tone biasa blambak bsepah x kemana jgk…. Chakra tu sah2 la tone suara dia pun dh special |
|
|
|
|
|
|
|
1992 uoollssss... baru 31 tahun
maybe sbb berat badan bertambah kot.. tu yang nampak semput sgt.....
|
|
|
|
|
|
|
|
“Dia sememangnya layak untuk berada dalam konsert itu. Pada pendapat saya, dia sebenarnya lebih bagus daripada Cakra sendiri kerana sangat versatil dalam teknik nyanyian.
sah2 dia compare |
|
|
|
|
|
|
| |
|