CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1485|Reply: 1

Elon Musk Tak Temberang Nak Masuk Kandang MMA Dengan Zuckerberg - Bapa

[Copy link]
Post time 16-8-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Bapa Elon Musk, Eroll mempertahankan anaknya dan menegaskan bahawa manusia terkaya di dunia itu tidak 'temberang' ingin bertumbuk dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg di gelanggang seni bela diri campuran (MMA).


Namun menurut Eroll, Elon terlebih dahulu perlu menjalani pemeriksaan dan pembedahan sekiranya perlu kerana kecederaan lama pada bahagian leher serta belakang badan.




IG happypunchpromo




Eroll tampil membuat kenyataan itu dari kediamannya di Afrika Selatan selepas Zuckerberg mendakwa Elon memberi pelbagai alasan dan tidak bersungguh-sungguh dengan perlawanan tinju atau MMA yang dihebahkan sejak Jun lalu.


"Elon tercedera semasa bermain ski tidak berapa lama dahulu. Dia jatuh dan tergolek dengan laju.


"eristiwa itu sudah lama berlaku. Saya cuma diberitahu keadaannya okey," katanya sambil menegaskan Elon tidak sesekali tampil untuk memberi alasan murahan demi mengelak pertarungan tersebut.


Setakat ini tiada tarikh rasmi berhubung pertembungan dua taikun teknologi itu, namun kerajaan Itali dilaporkan bersedia menjadi hos kepada pertarungan untuk tujuan amal di Rom.








Presiden UFC, Dana White juga menawarkan gelanggang Octagon di Las Vegas sekiranya pertarungan itu menjadi kenyataan.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk chasis, my money on mas elon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:36 AM GMT+8 , Processed in 2.608675 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list