View: 10036|Reply: 41
|
13 Kategori Dipertandingkan Di Anugerah Tiktok Malaysia 2023, Khairul Aming Dan Boss James Antara Calon Popular Creator Of The Year
[Copy link]
|
|
TikTok bukan sahaja menghiburkan namun sebagai medan pelbagai perkongsian informasi dalam kalangan pelayarnya.
Di sini juga muncul ramai pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial dalam pelbagai lapangan dengan jutaan pengikut.
Sejak ditubuhkan, TikTok menjadi antara pilihan media sosial untuk memupuk semangat ekspresi kreatif dengan mencorakkan sebuah komuniti menerusi perkongsian video.
 Foto: mStar
Kebangkitan itu juga diserikan dengan penganjuran buat pertama kali 2023 TikTok Awards Malaysia bagi memberi penghargaan kepada content creator di negara ini.
Enam pencalonan akhir bagi tujuh kategori Pilihan Juri diumumkan pada malam Selesa menerusi kisah inspirasi yang dimuat naik di TikTok dengan tanda pagar #RoadtoTikTokAwardsMY sebelum ini.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah Best of Beauty & Fashion yang turut mencalonkan @nelysa_norazlan, @miaazhar dan @eimasafuan manakala Best of Education mencalonkan @dr.samhan, @irfan.khairi dan @sir_asai
Best of Entertainment @moseswck, @adamizzy, @sonicwebs, Best of Foodie @akiejack, @syifajamill, @shahrilwokay, Best of Gaming @sultan_riq, @mandayat, @faroukjer dan @hanifloid.
Bagi kategori Best of Sports pula memperlihatkan @kkhalishh dan @fitpie365 terpilih dalam 10 calon terbaik.
 Host, Foto: mStar
Calon-calon ini dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif yang membariskan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios iaitu Nini Yusof, penyanyi Hael Husaini serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.
Menurut Ketua Pemasaran dan Operasi TikTok Malaysia iaitu Yin Yin Hooi, mereka teruja untuk membawakan anugerah ini bagi meraikan pencapaian dan usaha luar biasa yang ditonjolkan oleh pencipta kandungan digital.
Membawa tema ‘Yang Gah di Skrin Kecil’, Yin Hooi percaya anugerah ini bakal menjadi batu loncatan buat pencipta kandungan digital untuk mendapat pendedahan lebih meluas.
“Kami teruja untuk membawakan TikTok Awards kepada masyarakat di Malaysia untuk meraikan kejayaan warga pencipta kita yang menjadi tulang belakang platform ini.
“Tema ‘Yang gah di Skrin Kecil’ mendemonstrasikan potensi membatasi sempadan untuk warga pencipta menggandakan dan mempersembahkan kejaayan mereka di pentas besar,” katanya.
Dalam pada itu, TikTok Awards MY 2023 turut menampilkan tujuh kategori bagi People’s Choice (pilihan peminat) termasuk Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year.
Antara nama pencipta kandungan yang mencuri tumpuan dalam TikTok Awards MY 2023 sudah tentunya Khairul Aming, Softyank, Ceddy Ang, Boss James dan Auntie Purple.
Penonton juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri dan Alyph.
Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara 'Red Carpet' akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann.
Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.
Peminat boleh membuat undian bermula dari 15 Ogos pada pukul 10 malam hingga 26 Ogos 2023, pukul 11.59 malam di https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/.
Malam kemuncak TikTok Awards MY 2023 boleh ditonton secara langsung di TV3 serta akaun TikTok Malaysia di TikTok pada 27 Ogos ini. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
i vote for abam kerolaming ya |
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah artis tiktok la yek?
Kerolaming pemes ke kat tiktok? Rasa dia lebih pemes kat ig kan
Ke sbb iols tak layan sgt kat tt jd cuma tau dia pemes kat ig ja |
|
|
|
|
|
|
|
harap krolaming atau sofyan... 2-2 ok... yg lain x minat |
|
|
|
|
|
|
|
i xder tiktok tp kalau kat ig suke tgk khairulaming, azfarheri, akiejack |
|
|
|
|
|
|
|
tiktok ni merupakan ruang yg bagus utk para wanita menayangkan cleavage mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 17-8-2023 02:10 AM
Tinot7 replied at 15-8-2023 10:44 PM
Good luck kerol ameng..
Wanita ni pioneer konten menari-nari di TikTok. Nama dia mesti antara yang tercalon, kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 17-8-2023 02:09 PM
Wanita ni pioneer konten menari-nari di TikTok. Nama dia mesti antara yang tercalon, kan.
Dgn rupa mcm tu, mebbe not..
Hang tgk tiktokers yg pi events.. sumer pakai lawa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang jaket merah atas tu sape? keciknya beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 17-8-2023 10:14 AM
dekmieDandy replied at 17-8-2023 02:57 AM
yang jaket merah atas tu sape? keciknya beliau
Abg Bestz, dia buat konten trick silap mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
korang tgok tak tiktok awards? dah knape #nyawasis sekor tu menggedik2 hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
So kerol ameng menang dak? Gigih iols undi dia tau! Undi dia lebey sejota.. menang ke dak? |
|
|
|
|
|
|
|
skrg hari hari dan srtiap kali bgn tdo bkk tiktok dlu..
i vote for khairulameng |
|
|
|
|
|
|
|
Iols vote datin suzie pinky |
|
|
|
|
|
|
|
Sofyank kalah dgn ryan bakery |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 27-8-2023 10:40 PM
skrg hari hari dan srtiap kali bgn tdo bkk tiktok dlu..
i vote for khairulameng
Sama la kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 27-8-2023 10:59 PM
Sofyank kalah dgn ryan bakery
Sapoter ryanbakery ramai kott..
Tu siap gift lion ka apa..
Masyuk kottt... |
|
|
|
|
|
|
| |
|