View: 8148|Reply: 9
|
Disney Tutup Studio Lucasfilm Di Singapura
[Copy link]
|
|
Singapura: Studio kesan visual dan animasi, Lucasfilm di Singapura akan ditutup dalam tempoh beberapa bulan akan datang atas faktor ekonomi, kata syarikat induknya, Disney hari ini.
Studio di Singapura itu dibangunkan oleh Industrial Light & Magic (ILM) sekitar tahun 2000. Ia diasaskan oleh pencipta Star Wars, George Lucas.
Studio kesan visual dan animasi, Lucasfilm di Singapura. - Foto ihsan Lucasfilm
Selama bertahun-tahun, studio di Singapura itu berada di bangunan Sandcrawler yang dinamakan bersempena sejenis pengangkutan dalam filem Star Wars.
Lucasfilm menjual bangunan itu pada 2021.
"Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, ILM akan menggabungkan syarikat globalnya dan menutup studio di Singapura kerana faktor ekonomi yang mempengaruhi industri," kata Disney dalam satu kenyataan.
Ia tidak mendedahkan berapa ramai pekerja akan terjejas di Singapura.
Disney berkata pada Februari pihaknya membuang 7,000 pekerja di seluruh dunia, sebagai sebahagian daripada penyusunan semula apabila perniagaan tradisionalnya melalui televisyen semakin merosot dan berdepan saingan sengit, selain bilangan pelanggan yang semakin berkurangan untuk perkhidmatan penstrimannya, Disney+.
"Keputusan Lucasfilm untuk menghentikan operasi di Singapura adalah tindak balas kepada perubahan dalam industri dan situasi perniagaan," kata Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) dan Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) dalam satu kenyataan bersama.
"Industri media global berdepan gangguan daripada kemajuan teknologi yang pesat, manakala studio menghadapi cabaran berkait dengan bakat dan keuntungan," katanya.
Menurut laman web EDB, studio Singapura yang terbabit dalam produksi Hollywood berprofil tinggi termasuk filem Iron Man, The Avengers dan Star Wars.- AFP
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
perkembangan AI , dlm photoshop pun ada AI, jadi dh kurang tenaga manusia digunakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Pinewood Iskandar Malaysia tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
disney+ makin kurang sbb platform yg free pun dh bnyk skrg kan
in fact netflix pelopor pun katanya dh mula menurun
muvi2 baru kt netflix pun x bnyk yg layan dh skrg
bnyk recycle je
|
|
|
|
|
|
|
|
teknologi cepat berubah, studio besar bukan lagi pilihan. |
|
|
|
|
|
|
|
memang takda function buat studio kat sea country ni
jauh dengan 'pengguna' dia yang mostly kat merika sana tu
kita ni balik-balik shooting kat rumah sewa je |
|
|
|
|
|
|
|
Invest kat Pantai Timur la ramai peminat Barbie kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Best ke Disney hotstar neh?
Kalau dedolu Buka mesti iols dah Langgan sebab Anak sulung iols mmg fanatik frozen
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|